My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Sunday, August 28, 2011

SOGO taja ucapan raya aku tahun ni?

Isnin minggu lepas (22.8.2011) aku monteng eh...cuti keje. Pagi2 aritu....dengan confident aku sms kat boss aku cenggini. "Semalam mimpi arini adalah hari yg sesuai utk shoping. So I cuti arini." Boss aku balas "OK". Mak aiii...bagus betul la boss aku tuh. Anak sape la dia tu agaknya yg begitu prihatin akan kehendak aku yg nak beraya nih. Hehehe...

Misi aku aritu...mudah iaitu pi SOGO. MsTips kabo...SOGO bukak kul 9.30 pg n dia pun joint aku monteng...opsss....cuti keje. Beliau memang takbleh tengok aku gumbira....mesti nak ikut!

Aku sampai parking SOGO @ 8.45 am. Hehe...awal sebab nakkan parking depan pintu masuk. Sekali SOGO bukak kul 10 am daa....Ces! Confident jer MsTips kalu bagi ajaran sesat kat aku yang mentah dan naif ini. Huhu...

Aku takbleh tunjuk gambo aku bershoping sebab tak berapa nak senonoh rupa parasnya sebab macam tak berapa ingat dunia. Setelah berabih dalam 800 juta duit kepada SOGO....tetibe aku terpikir....nape la SOGO tak jadi public listed company sebab aku nak beli saham dia. Sure kaya. Pastu aku terpikir...nape la org ramai suke pi SOGO...hmmm..so aku mencari jawapan...


Suke sebab sumenya ada kecuali tudung (kepala ye...bukan saji)...


Akak XX (yang tak mau dikenali) :
Banyak point bleh dapat....pastu bleh redeem payung, tuala,
bekas isi kuih, paper bag, green bag n etc.
Hehe..akak pergi dulu ye...nak redeem barang ni.


Abang Daud :Situ ada sebuah kerusi khas tepi tiang ditepi escalator
untuk para suami lepak tanpa diganggu oleh para isteri
yang tak henti2 mintak duit!

Cik Tipah Balakong : Ish...anak makcik kije sini...kena la support majikan dia.

Cik Jah : Ish...sejak selalu keluar iklan ribena ni...Cik Jah selalu diinterview.
Apa soalan tadi? Kenapa suke pergi Sogo ye...hmmm....
sebab Cik Jah banyak duit Dik oiii....tak tau nak labur
kat mana sebab banyak sangat.

Lin Dan : Gua tak tau...gua orang maintenance....lalu saja sini.
Belum raya Cina jadi tak beli apa2.

Abang Din : Baju2nya harga berpatutan. Cuma yang tak patutnya...
duit abang je yang tak berapa nak ada. Sop..sop..


Joe bukan nama sebenar :
Aku beli sini sebab ada adik-beradik aku yang suke baju2 SOGO.
Kalu tak beli kat sini....maka tak lengkap la hari raya pada tahun ni.
Bab kata mereka....puasa biar penuh, terawih jangan monteng
 dan Sogo pulak...jangan tak pegi.


Aku...
Aku suke SOGO. Barang2nya murah n berkualiti lagipun senang aku nak cari barang2....sumenya ada. Bank n ATM untuk mengabihkan duitpun ada.


Arini.....Ahad 28 Ogos 2011. Aku masih kat KL.....bukan kerana nak pi SOGO lagi sebab tak mau joint orang lain men'jem'kan jalanraya. Aku akan balik pagi ni bersama MsTips. Doakan perjalanan kami selamat sampe dan selamat balik. Cenggitu gak dengan korang sume....pandu jangan laju, nanti kena saman. Jangan jadi cam aku yang baru kena 2 saman bulan lepas. Arini maybe singgah mana2 balai polis untuk pi bayo...satu saman aku kena RM150. Tak pasal2 kena bagi duit raya kat polis.

Kepada sume kawan2....time kasih la bagi yang bagi sms/tweet/email/msg di FB raya kat aku ni. Time kasih gak khas kepada seseorang kerana bagi card raya. Tahun ni dia sorang je yang bagi aku card.....takat arini la kan. Tak tau la plak kalu sampai kat kampung nanti tetibe ada 10 juta card raya untuk aku.

Kepada yang bagi duit raya macam CC (Ibu mentua tak berapa nak jadi), Ms Ng (boss yang aku paksa bagi duit raya) dan Pn. Ros (boss peberet aku).....time kasih la bebanyak. Tahun depan jangan lupa bagi lagi.

Kepada yang dapat duit raya dari aku tu.....terutama staff2 aku....yang aku bagi tu idak la banyak tapi simpan la buat jadi kenangan. Errr.....tahun depan jangan mintak lagi. Hehehe....

Kepada sume orang aku mintak maap bebanyak, halalkan makan minum dan hayatilah suasana raya kali dengan penuh hikmah. Bile makan tu....makanlah secara berhemah ye. Jangan bile puasa turun 5 kg...lepas raya naik 8 kg.

Sekian....dengan tajaan yang aku bagi kat SOGO (bukan SOGO bagi aku)....aku ucapkan selamat hari raya!


Saturday, August 20, 2011

Abang Busuk...kata Ayuni...

Kadang2...kata2 yang kluo dari mulut budok umor 2 tahun 5 bulan.....adalah kata2 yang sangat tulus ikhlas dan perlu diberikan perhatian. Kadang2...baik dengor komen depa daripada orang dewasa. Budok2 cenggini memang tak pandai nak menipu.

Sila lihat video kat bawah nih kalu nak dengar pengakuan Ayuni...


video


Nota kaki/tangan : Auntie Numie sayang Ayuni jugak....

Friday, August 19, 2011

Char Kuey Teow Pulak Dah.....

Last week aku pi outstation ke Utara dgn Rostam (balik2 dia....balik2 dia....! Dah dia je staff aku yang FREEnya. Haza pening2....Rewa balik kampung....Bavani masih cuti bersalin....). 

Hari terakhir tu...kami stay kat Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Alang2 pi sana....Rostam ajak aku pi pekena Char Kuey Teow yang best kat area tu.

Restoran yang aku pi ni....namamya
Sg. Dua Char Koay Teow.
Signboardnya siap mention "Telur Ayam Dibasuh".

Aku order Char Kuey Teow Special.

Rostam order....nasi goreng udang.
Habis jer....nasi goreng tu....tetibe dia order plak
char kuey teow. Hmmm.....gasak ko la Rostam.

Inilah harga2 bagi menu utama di restoran ni.

Dalam restoran ni.....memang selesa. Waiter memang ramah
dan bertindak dengan cepat.
Selain tu...restoran ni memang glamer sampai masuk paper.

Selain di Sg. Dua, restoran ni ada cawangan
di Sg. Petani dan Kulim.
Waktu perniagaan adalah kul 5 ptg - 1 pagi kalu kat Sg. Dua ni.
Kat Sg. Petani dan Kulim....aku tak tau waktu perniagaan.
Dari segi rasa....memang besttttt!!!. Ini buktinya.

Tapi kan....masa kami nak bayar tu....sekali....cashier cakap...."Tokey kenduri di bulan posa ni. So, takyah bayaq. Tokey belanja". Hahaha...tak penah lagi aku makan free cenggini. Apapun....TQ la kat Incik Tokey tu ye. Moga2 perniagaan Incik Tokey menjadi lebih maju dan semoga Incik Tokey sentiasa di murahkan rezeki. Amin....

Tuesday, August 16, 2011

Kuey Teow Goreng Doli, Gopeng, Perak

Bulan2 puasa ni asyik teringat makan je. Pantang lapang sikit....teringat makan. Arini aku teringat sangat kat Kuey Teow Goreng Doli......yang aku makan mase pi Taiping, Perak. Hmmm....marvelous!

Kedai Kuey Teow Goreng DOLI ni dibuka
pukul 12 tgh sehingga 11 malam, setiap hari
kecuali Jumaat.

Setiap order dimasak secara berasingan.
Depa tak masak banyak2 terus.
Jaga...kualiti.

Ini yang Rostam order....Kuey Teow Goreng Special.
Harga = RM 9

Lihatlah udang2nya.......pehhhh!!!!

Ini plak.....dia punya sambal. Nak pedas....boleh taruk
bebanyak sikit.

Ni yang aku n Mr. T order. Udangnya ada banyak gak
cuma saiznya kecil jer. Tapi rase.....still maintain bestttt!
Harga = RM4

Mr T makan tak ingat kat orang sebelah.

Depa ber2 ni bile makan...diam jer.
Aku je yang tot...tet....tot....tet.


Nape gamba ni senget.....sebab aku dah cuba rotate...but still dia
nak dok cenggitu jugak.
Actually, aku nak nunjukkan alamat restoran ni jer.

Kuey Teow Goreng DOLI
No. 5, Rengat Tupai
34000 Taiping, Perak
Tapi kan....jauh bebenor Taiping tu....kalau nak merasa kuey teow ni. Tapi ada....BERITA BAIK untuk korang semua. Actually, restoran ni ada cawangan kat TTDI. Dengar2nya....cawangan ni anak dia yang bukak. Ni alamatnya....



Kuey Teow Goreng DOLI
No. 16, Jalan Wan Kadir 4
Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur
Tel: 03-77225351


Cuma restoran kat TTDI ni....dibuka 12 tghari - 12 tgh mlm (Jumaat still tutup) dan charge harga juga berbeza. Yang special = RM10 dan Biasa = RM4.50.





**Confirm arini aku masak kuey teow goreng untuk berbuka. Nak pi TTDI gerenti tak sempat.

Monday, August 8, 2011

2D1N at Pulau Pangkor - Day 2

Aritu aku ada post entry tentang percutian aku, MsTips n Rostam pada hari pertama di Pulau Pangkor kan. Kali ni aku nak citer aktiviti kami pada hari ke2 plak.

Hari ke2 kami bermula dengan round gerai n kawasan
pantai sambil breakfast kat gerai2 yang ada.

Ini bukan Batu Bersurat yang ada di Pulau Pangkor tu
ye...harap maklum. Ni adalah Batu Tak Bersurat.

Aku lebih suke berendam dalam air laut tu.
Syokkkk....

Mase lepak2 kat batu2 tepi Batu Tak Bersurat tadi...
tetibe abang bot ni approach tanya kami nak
pancing sotong tak. Selepas sesi tawar menawar...
kami agree joint aktiviti memancing sotong @ RM60 3 orang.

Chewah...sukenya MsTips dok depan bot.
Actually berdasarkan saiz badan...
memang dia kena dok depan n aku plak
kena dok tengah untuk balance bot. Huhu.....

Abang bot ni dapat sotong besor.....ni upacara sesi
tunjuk ajar je. Jap lagi kami kena buat sendiri.

Sotong yang baru ditangkap akan menjadi warna hitam
sebab dia ada lepaskan tembakan dakwatnya.

Kami approach area snorkeling yang kami pi
pada hari pertama.

Aku plak tunjuk skill. Tapi tak dapat pada awalnya.
Hampeh...!

Tetibe abang bot tu kena patah balik ke Pulau.
Tapi dia suruh kami lepak kat Coral Island ni.
Katanya...banyak drama n filem yang
shooting sini.

Kat Coral Island ni ada gerai untuk kite lepak
minum n makan2.

Agak2 la Rostam ooiiii....takkan berendam
takat pinggang guna life jacket kot.

Lepas abang bot mai balik. Kami sambung ronda2 pulau
n memancing.

Giliran Rostam cuba nasib.

Tu dia......dapat sekor kat dia.

Aku plak.....cuba nasib bagi kali ke2.

Eceh! Dapat la....

Turn MsTips memancing. Sambil memancing
sambil tu la mulut dia tot...tet..tot...tet....

Aku pasti....dia dapat sotong tu sebab sotong
tu tak tahan nak dengar dia tot...tet...

Sotong MsTips adalah yang berwarna gelap tu.

Ni la....rejeki kami aritu.

Abang bot ni memang best. Dia siang sotong tu
n volunteer nak bakorkan untuk kami.

Tu dia.....cara2 siang sotong untuk dibakor ye.

Cam plastik jer...rupa paras sotong tu.

Biarkan lelaki yang buat kije dapur tu...MsTips
layan buai yang ada kat tepi pantai tu.

Buai laju2.....

Saje jer nak test....tahan tak buaian tu.
Ternyata sangat kukuh.

Sambil tunggu sotong habis disiang, kami
main banana boat dulu. Yang ni
bayo RM15 sorang rasanya.

Kami naik 5 orang jer.....maksima 7.

Geng bot pisang.

Si Rostam nak usha kayak plak.
Tapi kami dah kesuntukan masa.

MsTips mencuba motor abang bot.
Gempak tul motor ni.

Ni dari sudut tepi.

Aku yang basah kuyup lepas mandi laut pun
joint sekali.

Ya....itulah sotong2 hasil tangkapan kami.


Pehhhh...baunya pun dah best.
Ni kan plak rasanya. Dah la fresh....marvelous betul!

Kami bayo RM30 untuk ke Kilang Ikan Bilis/Seafood
Kering n seterusnya ke jeti untuk pulang.
Sambil2 tu....abang van ni....bawak kami ronda2.
Anak sape la tu yang borong banyak sangat tu?

Deretan taxi (van) yang menanti customer depa pi shoping.

Sampai jeti.....kena beratur panjang sebab ramai orang.

Kami bertuah sebab dapat feri yang ada open space
macam ni. Bole la...jamu2 mata.

Babai...Pulau Pangkor....

Bot2 nelayan....yang mudik ke pengkalan.

Rostam ceria jer...dah puas jalan...

Aku seronok naik feri cenggini.

Ni merenung masa depan ke apa ni?

Dr. Fadilah Khamsah kate....jangan pandang buih.
Nanti cepat lupa.

Tempat buat kapal. Aku nampak macam ada
kapal cruise yang sedang dibina.

Macam2 kapal yang kami jumpa.
Ni kapal tentera laut.

Ni kapal service/maintenance kapal.

Ni tongkang yang bawa pasir/simen/tar.

Sampai jeti....kami ber3 bergerak keluar dari Lumut
n pulang. Satu percutian yang tak dirancang
tapi menarik n seronok.
Kali ni aku bawak Rostam sebab kami
memang ada kije kat Perak. Lain kali
aku bawak staff aku yang lain plak ye...

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK