My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, March 17, 2011

Holiday di Sabah....


Februari aritu.....aku, MsTips n 2 orang kawan MsTips telah
ke Sabah....Cuti2 M'sia. Kami mulakan malam pertama
dengan aktiviti makan seafood bakar n minum air kelapa muda.
Ni wajah2 yg dah tak larat nak bangun dah nih.

Kak K n Kak Pah.....ceria jumpa seafood bakar.
Esoknya, kami naik van yang disediakan travel agency untuk pakej
ke Kundasang/Poring Hot spring.
Kami bayo RM190 sorang untuk pakej ni.
Aku n MsTips....cool je dalam van. Heheh...tapi telah
berlaku insiden termuntah semasa perjalanan nih. Sape ntah
yg muntah tu....aku tak kenal sape dia tuh. He3...
Cantik betul pemandangan ke arah Kundasang nih.
Sedap betul mata memandang.
Kami stop di Pekan Nabalu untuk sesi bergambo di kaki
Gunung Kinabalu. Kami bernasib baik sebab cuaca ok n dapat menikmati
pemandangan yg cantik kat situ.
Cantek kan....(background ke model?). Korang pilih sendiri...
Lepas bergambo dengan gunung....kami shoping kat gerai cenderamata
kat sini. Kat sini aku n MsTips ada beli beras Bario. Saje nak try.

Dari Pekan Nabalu.....kami bergerak ke Taman Gunung Kinabalu.
Sape2 nak mai Dewan Pameran Taman Gunung Kinabalu......jangan la berjalan kaki
dari pintu gerbang macam gambo kat atas.
 Jauh....aku naik van pun rase agak jauh...walaupun hanya 5 minit naik van.
Hendry (tourist guide kami) kata....ni antara chalet penginapan
pendaki before depa panjat gunung tu.
Nak ke bilik pameran...kena naik tangga.
Ini antara reptilia yang dipamerkan di sini.
Pehh...bergaya hensem. Eceh!
Ni plak....serangga yang diawet. Korang bole tau tentang species serangga yang ada.
Good info anyway. Before this....tak penah nak ambik tau.
Haa.....info tentang batu pun ada...
Ramai pelancong dalam n luar negara yg mai sini.
Ni la Hendry.....incik ini memang baik orangnya. Kami sume memang
berpuas hati dengan service yang diberikan.
Ini adalah pemenang pendaki gunung terpantas masa Mt. Kinabalu
International Climbing 2010. Hmmmm....nape agaknya
foreigner yang lebih terer dari orang M'sia?
Kalu nak panjat Mt. Kinabalu....kena gunakan guide dari sini gak.
Orang luar tak bole. Itu kata Hendry.....la kan.
Lepas tu, kami bergerak ke Kundasang. Inilah pemandangan
di Pekan Kundasang.
Kat Pekan Kundasang ni....jalan raya sedang dibaikpulih.
Kesian mamat tu...kete dia stuck kat bonggol tu.
Dari Pekan Kundasang....kami ke Poring. Di sini
kami makan di restoran ni. Lunch telah termasuk di dalam pakej RM190 nih.
Sambil tunggu makanan siap....kami round2 gerai2 yang ada.
Tu dia....lapaq punya pasai...kami belasah sume makanan.
Lepas makan.....kami bergerak ke hot spring yang terletak berhampiran
dengan restoran tadi. Masuk sini...n sume tempat2 sebelum ni....Hendry
yang bayo.....sebab dah masuk dalam pakej.
Ha....kat sini ada macam2 tau. Korang bace jelah info kat gambo tu ye.
Kami menyeberangi jambatan gantung untuk ke seberang
(tempat hot spring n kanopi walkaway). Bawah tu ada
air sungai yang mengalir daripada sebuah air terjun.
MsTips tgh tengok air sungai yang mengalir.
Wahhhh....mandi nih best nih.
Untuk naik Kanopi Walkaway kena naik bukit dalam 400 meter.
Lenguh kepalo lotut den dibuatnya.
Cam Charlie's Angel tak?
Tuhan jer yg tau hati aku mase naik kanopi walkaway ni...
Hehhehhh.....selamba...

Our Hendry.....orangnya cool jer.

Kat sini dilarang mandi.....sebab airnya panas sangat
sampai telur pun boleh masak jadinya.
Ni.....la tempat mandian kat hot spring ni yang tertutup.
Macam chalet gitu. Bayo....RM15 sejam. Kalu tak silap la...kan.

Dalam ni ada 2 bathtub yang muat untuk 4 orang dewasa.
Sakan kami berendam dalam ni. Gambo berendam tak bleh tunjuk!

Belakang tu adalah antara kolam terbuka yang ada. Yang ni......takyah bayo.
Hot spring ni memang ada bayaran masuk tapi tak ingat berapa.
Belakang ni....tempat public bole rendam2 kaki.
Siap jer kat hot spring....Hendry bawak kami tengok bunga rafflesia
di tempat yang berhampiran. Kalu ada bunga, depa akan letakkan banner
di tepi2 jalan di luar kebun depa. Masuk...kena bayo RM20 sorang.

Kami mai sini.....
Ada gak serba sedikit info tentang bunga rafflesia nih.
Tu dia......! Bukan sume orang berpeluang tengok tau.
Bunga ni bukannya boleh ditanam. Dia pakai tumbuh jer kat mana2.
Dah tu.....lama plak mase nak kembang......makan bulan tau.
Yang ni adalah yang sedang berkembang.


Rezeki kami baik....sebab dapat tengok dengan mata kami sendiri.
 
Then kami kembali ke Pekan Kundasang....kire dah on the way balik dah nih.
Singgah jap kat gerai2 sayuran n buah-buahan kat sini.

Sayur nampak segar....yang tak berapa nak segar....adalah model
gambo ni jer.

Oleh kerana aku nak bawak balik frozen seafood....Hendry
bawak kami ke Inanam. Kat sini aku borong isi lopster,
ketam beso dan  udang sederhana beso.
Memang puas hati la beb.

Haa....pagi esoknya....aku n MsTips ambik pakej jalan2 kat
pulau n snorkeling. Pakej ni RM55 sorang.

Kami ber2 decide nak ke Pulau Mamutik.
Untuk ke Pulau Mamutik......kami naik bot melalui jeti kat Tanjung Tuan.
Before bergerak...kami diberikan safety jacket n alatan snorkeling.
Ni...mase dalam bot ke Pulau Mamutik.
Ni plak gambo jeti di Pulau Mamutik. Kami pilih Pulau Mamutik sebab
tempat snorkeling di situ dekat jer dengan pantai. Kalau Manukan.....kena
pi jauh ke arah laut, baru boleh jumpa tempat yang best. Pulau Sapi dengarnya best gak macam Mamutik.
Airnya yang jernih.
Yeah... tu dia....MsTips.
Ada macam pro snorkeler tak? Heheh...
Aku ni budak kampung.....takat apung badan dalam air tu....takdak masalah.
Yg ni...memang aku. Pengalaman mandi-manda kat Sungai Pahang
zaman kecik2 dulu....aku gunakan time ni.
MsTips....posing ala2 termenung gitu.
Dalam ni ada macam2 ikan. Ada nemo, ikan bilis, ikan todak, ikan kaler biru, kaler hijau
macam2 ada.
Jeti Pulau Mamutik ni....kalu malam mesti lebih cantik kot...
Mase kami baru sampai....takdak la ramai sangat orang.
Tapi lepas tu.....berduyun2 tourist sampai.
Aku n MsTips.....berdua jer naik bot n di bawa oleh abang ni.
Kami balik awal, orang lain taknak balik2 lagi.

Boring duduk....aku berdiri la plak.

Ni dah kat Jeti Tanjung Tuan. Dah balik dah....dari Pulau.

Sesi petang...kami ronda2 kat Karambunai. Ronda jer...
Sementara tunggu flight kami @ 7.30 pm yang delay, kami lepak
kat Grace Point n kat sini ada Tugu Double Six.
Cantik suasana sini...
Tugu Peringatan Double Six  ini adalah bagi memperingati
trajedi nahas kapal terbang yang mengorbankan
separuh daripada pemimpin tertinggi Sabah pada
6 Jun 1976.
Korban trajedi Double Six termasuklah Ketua Menteri Sabah iaitu
Tun Haji Mohd Fuad Stephens.

OK....takat tu jer citer trip aku ke Sabah aritu. Seronok bercuti2 M'sia ni. Lepas nih....aku dah rancang nak ke satu tempat lain. Tunggu.....

10 comments:

ghost writer said...

puas ek jalan-jalan...cuci mata dengan kedamaian pemandangan.

tapi sayang tak pegi panjat gunung sekali..hihi

selamat berlibur.

Jumir said...

INcik Ghost....Panjat gunung tu...akan kami cuba lain kali.

LennMommaChubby said...

Terima kasih... Datang lagi... ^^

Zullism said...

wahhh sakan cuti2 malaysia neh....

Jumir said...

LennMommaChubby...TQ singgah.

Jumir said...

Zul...he3...bercuti dapat hilangkan penat kije.

waN Mohd Salim said...

sonoknyer holiday kat sane .. huuhuhuuh .. salam puisi untuk awak .. :)

Jumir said...

TQ Wan...

Ms said...

Jeles....!!Nak pergi holiday jugak.

Jumir said...

Ala....Ms...toksah jeles la...yek.

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK