My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Monday, January 17, 2011

Anak Raja Bergambo Dengan Guard Istana

Before aku citer tentang topic di atas.......tahukah korang.....Istana Negara asalnya adalah sebuah banglo yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Masa zaman pemerintahan Jepun (1942-1945), bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan diubahsuai menjadi Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957.


Pastu bangunan itu dibeli oleh kerajaan persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan diubahsuai dengan harga RM328,000 untuk dijadikan Istana Negara. Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua negara Malaysia yang pertama yang dok kat sini iaitu beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan.


Istana ni kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale dan diubahsuai oleh kontraktor tempatan selama empat bulan dengan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dibuat dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan.


TQ to Wikipedia di atas info tersebut. Sebagai anak raja aku memang perlu tau info2 camni supaya aku lebih menghargai bangsa dan negara aku. Chewahhhh....!

Atas rase tanggungjawab....dan malu sebab dah hampir sepuluh tahun dok KL.....aku tak penah mai tengok Istana Negara. Maka.....arini aku pi la dengan Tengku Puteri MsTips (macam pelik jer...nama tu...). Tak mau citer banyak....korang tengoklah...gambo kami nih....

Tak sangka ramai orang yang suke datang depan pintu istana aku nih. Hmmm...kalu aku bukak gerai kacang....laku nih.


Ni...gambaran masa pengawal istana bertukar shift setiap satu jam.


Tengok aku...selamba jer walaupun aku anak raja. Supaya org tak kenal aku (memang org tak kenal aku pun!)....aku pakai t-shirt transformer...supaya senang nak transform bile dikenali oleh sesape termasuk guard2 tuh. Eceh!

Kesian Tengku Puteri MsTips.....dia terpaksa bergamba dari jauh jer....risau....guard tu perasan dia pun anak raja (Raja Jawa).

Hmmmm....macam Prince Charming la plak.......kesian kena maintain gitu selama sejam.

Aku n dot...dot....dot....! He3....jgn salah paham...aku bubuh nama dia dot3...sebab aku tak tau nama dia.


Tengku Puteri MsTips jaga belah kiri....Mr Dot3.....jaga belah kanan.

Aku pun jadik tegak bile bergamba dengan Prince Charming nih. He3...aku takut kat kuda tu sebenarnya....dibuatnya dia naik sheikh....mau keluar paper......tak penah2 kuda pengawal istana buat kije gitu. Sape yang akan malu? Akak dan keluarga akakkkk....jugek!

Kalu aku la kena dok tegak gini.....mau tension dibuatnya. Respect aku kat depa nih.

Aku tau.....Tengku Puteri MsTips bukan nak bergamba sangat pun dengan guard tuh....dia nak nunjuk handbag dialah tu....! Hmmmm...aku paham.....maksud hati beliau tuh.

Ramai orang bergamba kat sini.....kalu aku letak pot jual kacang kat sebelah motor tu...strategik jugak. Agak2 boleh kena buang negeri ke apa, kalu betul aku buat cenggitu.

Bagi korang yang tak penah pi....tak salah kalu korang pi sini. Berbanggalah dengan apa yang ada dalam negara kite nih. Tahun depan.....(agaknya) tempat ni akan jadi muzium kot....sebab nak pindah ke Istana Baru. Kalu korang bergamba tahun depan....takleh buat entry bergamba kat Istana Negara dah.....dah jadik entry bergamba kat depan pintu Muzium dah.


8 comments:

Tasha said...

okay la....I tertipu dengan tajuk U. TQ
hahahaha...

ct said...

huh! xdapat ambik gambar lg:(

naimatulrais said...

patik ingin berkunjung ke rumah tuan puteri. bila kelapangan? sila buka gate untuk saya. ha3

Jumir said...

Tasha....gotcha! Ha3....

Jumir said...

CT...hmmmm kena tunggu Amani beso skit kot.

Jumir said...

Naima...Istanaku....Istanamu jua. Masuk la....(agak2 kena halau tak ngan Pak Guard tuh?)

Ju Zie said...

sirius x pnah pegi istana negara, hasil promosi jumir, trase nk pegi, hehehe! klo tba2 ada entry psl istana negara tu, mmg jumir nye pengaruh la tu =p

Jumir said...

He3...TQ Ju Zie...kite kena bangga dengan ape yg negara kite ada.

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK