My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Monday, June 28, 2010

England kalah!

England kalah. Emm....tak puas hati, tapi takpe la kan. Nak buat macam mane. Bagi aku Jerman pun bagus sebab pandai mencari ruang dan peluang. Masih ada pasukan lain yang aku suke dan mereka masih ada peluang untuk menang terutama Argentina.

Wednesday, June 23, 2010

Aku sokong England


Aku tak nafikan aku memang suke England dan berharap mereka mampu mara ke Pusingan seterusnya Piala Dunia. Tak sabo nunggu pukul 10 malam. Walaupun esok aku ada exam PTK, aku tetap nak tengok game tu. Harap2...mereka tak hampeh.

Ramai yang cakap...England tak la best mana. Aku setuju. Tapi pasukan lain pun....suam-suam kuku gak. Yang sokong bagai nak rak Perancis......Selain England, aku sokong Argentina.

Emmm.....terpaksa la sokong team macam England. Nak harap Malaysia berada di Piala Dunia....ntah bile la peristiwa tu berlaku.

Sunday, June 20, 2010

Layan.....

video

Ini adalah antara lagu kegemaran aku. Lagu lama...tahun 1996 kalau tak silap. Saje nak kongsi dengan korang. So, layan......!

Friday, June 18, 2010

Impiana Resort, Cherating, Kuantan

Isnin - Rabu yang lalu...aku ada kursus di resort ni. Alkisah....time riadah petang...aku dan kengkawan teringin nak pi mandi kolam kat situ. Tapi hasrat kami terbantut apabila kami ditegur oleh seorang pekerja kat kolam tu. Dia kata...."Tak boleh pakai tudung kak, kalau nak mandi kat sini." Aku dan kawan aku pun argue la, awatnya tak boleh pakai tudung. Lagipun kita ni kat Malaysia bukannya kat Belanda. Dia jawab, "Ini arahan manager kak sebab taknak lemas".
Walaupun, kami tak puas hati....kami tak boleh buat apa, sebab dia tak bagi jugak. Dan dia disokong oleh sorang supervisor kat Kolam tu. Cuma supervisor tu bagi kelonggaran kepada kami untuk masuk ke dalam kolam tu sekiranya kami cabut tudung dan pakai anak tudung je. Mana boleh...!!!
Tak patut betul. Bagi aku tak masuk akal kalau sesape boleh lemas akibat pakai tudung. So, aku cadang...boikot je resort ni. Aku dan kawan aku mencadangkan kepada pihak Kementerian kami agar tidak mengadakan sebarang aktiviti di resort ini. Bagi aku, ini adalah satu diskriminasi terhadap wanita yang memakai tudung.
Selain daripada isu tersebut...ada isu lain yang buat aku tak berkenan kat resort ni. Service kat sini memang lembap. Ada sorang customer kat bilik sebelah aku yang order room service food. Lepas makan, dia letak kat luar bilik. Dari tengahari Selasa sampai aku check out tengahari Rabu.....food tu masih tersadai kat tepi bilik orang tu. Aku yang lalu lalang kat situ...rasa tak selera bila melihat sisa makanan yang ada.
Sebelum tu....setiba aku di kafe Resort jam 7.45 petang hari Isnin, food untuk dinner dah habis. Pekerja-pekerja kafe tu...tidak la pi tambah ke apa. Senasib dengan aku adalah satu Chinese Family yang baru nak makan. Lepas sessi kursus malam tu @ 10.00 pm, aku dan member aku pun keluar makan kat sebuah kedai makan kat Cherating tu. Lapa giler beb. Tu nasib baik aku bawak kete, kalau tak....ntah la.
Alkisah...esoknya, time break kursus pagi. Kuih-muih dan air yang dihidangkan habis! Walaupun waktu tu....kami 5 minit terlewat sebab pi toilet, takkan dah habis. Dah tu... pekerja2 kat situ, tak reti2 nak tambah ke?
Sayang....resort ni...lawa. Tapi apa gunanya lawa kalau service macam lawak. Walaupun aku ni orang Pahang, kalau service/barangan kat Pahang ni tak OK.....aku takkan rekomen kat sesape hatta kedai makan kakak aku pun, aku takkan promosi kat sesape. (Nasib baik...kakak aku takdak kedai makan....he3).

Saturday, June 12, 2010

Hampeh....


Aku idak la pi langgan Astro Sport sebab aku ingat RTM siarkan sume perlawanan World Cup. Aku punya la nunggu France vs Uruguay.....alih2....takdak. Hangin gak aku dibuatnya. Kalau abang2 aku tau...mesti depa gelak sakan kat aku.

Aku cuma langgan Basic + Movie je selama ni. Takpe...aku akan langgan Sport pulak. Nasib baik celik je mata....pagi tadi, berita dok kata France seri 0-0 dengan Uruguay. Takde la macam terkilan sangat tak nengok live.

Moral of the story....takyah la nak harap yang free je. Nak lebih...bayo ler.

Uruguay vs France dan Aku vs Keje

Emm...seri la plak S. Africa ngan Mexico. Biasa la, perlawanan pembukaan. Takpe....kita tunggu Uruguay vs France kul 2.30 am nanti. Game yang ni...aku nyokong France la...! Aku teka France menang 2-1.
Sambil nunggu ni....aku layan blog ni jap. Dah lama aku tak update. Aku busy beb! Kije banyak. Nak mintak tukar, tak dapat. Bukan tak seronok kije kat department sekarang, cuma banyak sangat kije. Pening kepala. Aku bukannya seorang yang tak tahan lasak bab buat kije ni....cuma aku ni manusia biasa. Kije 2,3 orang....aku buat sorang. Penat...beb.
Bila penat.....tambah tak cukup rehat....tambah tak exercise......tambah makan tak berapa proper sebab busy...aku pun dijangkiti penyakit. Last 3 week, aku dah demam (selsema dan batuk). This week....aku demam lagi. Aku MC 2 hari sejak kelmarin. Hari ni....pi kije dalam keadaan tak berapa sihat, pastu rasa macam nak pitam. Pukul 4 pm tadi....aku ngadap Director dan minta balik awal.....takut makin teruk. Dah la...kena drive balik umah, dibuatnya black out masa tengah drive...naya je.
Aku sedar....aku kena makan secara proper...masalahnya aku selalu lupa. Aku sampai je opis before 8 am.....terus buat kije. Bila aku stop...rupa2nya dah kul 1 lebih. Aku pun lunch...itupun kalu sempat. Kalu ada kije urgent...alamat....tak makan la aku.
Kadang2....dah pukul 3....baru aku teringat/terasa yang aku ni lapar. Masa tu la...aku ngadap CC kat opis aku. Diapun hulur la apa2 yang bole dimakan.
Pukul 5 pm - 5.30 pm aku pun balik umah. Aku tak stay back sebab takde sape yang stay back. Lagipun, opis aku tu....scary the mary sikit. So, aku akan bawa balik kije ke umah. Kalau berdaya maju....aku akan buat. Kalau tak...aku angkut balik kije tu...kat opis esoknya.
Pasal exercise...emm...memang dah sebulan tak exercise. Last month, aku ada main badminton kat Dewan Taman Tasik Titiwangsa. Itupun sebab ada tournament badminton Inter-Sector, kalau tak....maybe tak main. Next games....ping pong, volleyball dan bowling ditunda next month.
Emmm....nampaknya...aku kena ubah gaya hidup ni. Sendiri mau ingat....la...kan.

Friday, June 11, 2010

S.Afrika vs Mexico

La ni aku tgh tunggu perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010. Dah nak start pun. Senyap sunyi kat bawah flat umah aku ni. Kalu tak....mesti bising dengan suara budak2. Maklum la....musim cuti sekolah. Tapi sebab World Cup punya pasal....sume dok umah tengok tv.
Aku pun merasai kemeriahannya walaupun sengsorang je nengok tv ni. Housemate aku telah gugur di medan perjuangan kira2 pukul 9 pm tadi. Letih kot....
Teringat zaman tengok bola World Cup kat kampung dengan adik-beradik aku masa kami kecik2 dulu. Syok tengok ramai2....!
OK la....taknak citer banyak. Aku nak nengok game ni. Aku teka....Mexico menang 2-1. Enjoy the show....!

Saturday, June 5, 2010

Rachel Corrie


Selepas insiden Mavi Marmara...aku makin tekad memboikot produk yang ada kena-mengena dengan Israel. Kini sama-samalah kita berdoa semoga kapal Rachel Corrie selamat sampai ke bumi Palestin dan semoga semua sukarelawan misi ini berada di dalam keadaan yang selamat.

Aku tak heran kalau ada masyarakat dunia bukan Islam yang masih menutup mata dengan kejadian ini sebab ada saudara seIslam kita yang turut bersikap begitu. Setakat kutuk...kecam...bagi aku tak jadi ape kat Zionis tu.
Aku.....sebenarnya heran...kenapa negara Islam berhampiran bumi Palestin tidak bertindak. Demi saudara seagama yang teraniaya....jika aku laa...kan, aku akan halakan semua senjata canggih aku ke Israel....walaupun kepala aku diacukan sepucuk pistol sekalipun. Mesir, Jordan, Syria dan Libya adalah antara negara yang paling hampir dengan Israel, depa sepatutnya buat sesuatu.


Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK