My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, December 30, 2010

PM Umum Cuti Hari Esok (Jumaat : 31 Disember 2010)

Yea........n yea...lagi....!!!
Kegembiraan berganda kepada rakyat Malaysia apabila PM kita mengumumkan esok cuti sempena kemenangan Piala Suzuki AFF 2010.
Apa nak buat ye esok? MsTips kate nak buat projek air soya.....he3.

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Menang Piala Suzuki AFF 2010

Yea.......Yea.......Yea......Malaysia menang dengan aggregat 4-2. Hu.....huu.......! Walaupun aku target 4-3, tapi syukurlah......kite menang 4-2. Berdebar gak tengok asakan demi asakan daripada Indonesia tapi dah rezeki......kite kan. Asak la camne pun.....kite tetap MENANG!!!! Paling cantik gol Safee tadi....n aku suke dengan keeper kite Khairul Fahmi. Bagi aku patutnya Khairul Fahmi yang dapat best player. Tapi depa bagi ketua pasukan Indonesia. Takpe....rejeki dia.




Ni gambo.....tak brape jelas yang aku ambik dari depan tv aku. Tapi nampak kan pialanya.



"Waduh...waduh....kok kalah negara gue.....!" Dialog buatan bagi mamat ni. Kepada peminat bola Indonesia.....sabo je la, toksah dikenang sangat. Kok nya rejeki tidak sampe.


He3.....syabas Malaysia. Teringat zaman main hoki mase sekolah n INTEKMA serta KARISMA
dolu2. Aku pakai jersi nombor 12.

Yea........!!!!!!!

Yea....lagi.......!!!! Syabas pemain2 Malaysia. Ni yang buat aku suke balik nonton bola liga Malaysia nih. Tapi pasukan aku (Pahang...hampeh....)

Teater Siti Di Alam Fantasi lagi.....

He3....malam tadi....8.30pm, 28.12.2010.....aku n Ms Tips pi tengok Siti Di Alam Fantasi. Memula nak pi tu...punye la lebatnya hujan. Tapi takpe...hujan rahmat tu.
Sesampe jer...kat Istana kami tu (Istana Budaya).....hujan makin lebat. Sementara nunggu masuk, kami pun bergambo la sikit2. Jangan tak bergambo....kan...kang takdak la memori menarik yang nak dikenang oleh kami ber2 bile kami tua2 nanti. Mesti seronok bercerita dengan suami masing2 sambil ditemani oleh anak cucu.....ceih! Berangan! Korang layan je la gambo2 nih...

Kelebatan hujan yg turun.....mencabar kehebatan payung cap Celcom kami.

Area Istana Budaya.....yg dihias ala2....fantasi gitu.

Cantik kan....hiasan2 ni. Model tu plak.....I no comment.

Ms Tips......

Aku......

Aku n Ms Tips. TQ to Pn Syu yang sudi ambik gambo kami.

Barisan pelakon.....yang costume hitam merah tu....Labah2. Watak yang dimainkan oleh Vanida Imran.

Barisan watak2 katak. Umie Aida n Ziela Jalil jadi permaisuri katak.

Puteri Duyung n anak2nya yang seksi....gitu. Dalam adegan dalam air...(kononnya), siap ada pelakon yang diterbangkan untuk menggambarkan suasana ikan berenang dalam air.

Comel depa ni. Aku suke tengok rambut depa. Ini adalah penari2 semasa adegan Siti menyambut birthday kat umahnya yg beso tuh.

Lyana Jasmay n Fizo Omar. Lyana Jasmay....bagus lakonannya tapi Fizo....macam tak berapa la bagi aku. Lakonan teater tak sesuai untuk dia kot. Ini pendapat aku la kan....

Lebah2 yang comel ni......menarik perhatian ramai.

Gambo ramai2.....nampak cantek n menarik. Costume depa memang cantek.

Lakonan yang lawak dari Ebby Yus. Suke tengok dia.

Pokok dilakonkan oleh Johan Raja Lawak n watak Mamat dilakonkan oleh Ebby Yus. Kedua2 mereka menghidupkan dan menceriakan suasana.

Putera yang disumpah menjadi sesumpah oleh ahli sihir n bertukar kembali menjadi Putera

Cantek kan....

Dari kiri....selepas lebah yg dua ekor tu....itu ler ahli sihir.


Siti Di Alam Fantasi mengisahkan Siti anak orang kaya yang cantik n sombong tahap gaban menyambut birthday yang ke 12 tahun kat umah ayahnya yang kaya. Kat umah dia sebiji batu geliga besar telah dicuri oleh seekor lipan yang beso n panjang giler. Alkisahnya, setelah geliga tu dicuri....ayahnya dan penari2 di majlis birthdaynya telah menjadi keras dan kaku. Before that ayahnya sempat berpesan kepada Siti n Mamat (orang gaji) untuk mencari geliga tersebut.
Dalam pada itu.....depa berdua telah ditelan masuk ke dalam satu gua n bertemu dengan Incik Pokok. Maka bermulalah pengembaraan depa bertiga. Selebihnya....korang pi tengoklah sendiri. Bagi aku seronok gak citer ni. Tapi ada beberapa adegan yang bunyi music terlalu kuat dan menenggelamkan suara pelakon. Ada gak waktu...sume watak bercakap sampe...tak dengar bunyi lead actor/actress bercakap. Contohnya time adegan Siti bertemu lipas dan adegan Siti bertemu ulat bulu. Si ulat bulu yang pertama tu...terlalu gedik sampe tak tau dia cakap ape. Tapi aku puji set dan costumes teater ni.....memang cantik. So, dalam 5 bintang....aku bagi 3 bintang.

Monday, December 27, 2010

Teater Siti Di Alam Fantasi


Tengahari tadi...aku redah Jalan Tun Razak n pi Istana Budaya bersama Aliaa semata2 nak beli tiket teater Siti Di Alam Fantasi. Pn Ros kate....husband kawan dia yang design set teater tu....dan dengarnya set tu cantek.


Bile sampe kat kaunter....ala...seat yang aku nak....dah diambik org. Tapi takpe...seat yang aku dapat ni....agak depan n agak menarik. Harap2 MsTips puas hati. Aku saje belanje dia tiket kali ni....aku tau dia memang nak tengok teater ni. Aliaa plak beli sampe 5 keping tiket, kalu la kengkawan dia tak jadi tengok...mau menangis Aliaa dibuatnya. Harap2 tak jadi cenggitu.

Kepada sesape yang nak tengok....teater ni dipentaskan sehingga 31 Disember 2010. So, jangan tunggu lelama.....nanti tak sempat. Mase aku pi beli siang tadi....tiket dah tak brape banyak. So...cepat2 pi beli.


Sunday, December 26, 2010

Final Piala Suzuki AFF : Malaysia vs Indonesia


Hmmm.....masing2 tgh menghitung jam untuk saksikan perlawanan bolasepak Final Piala Suzuki AFF Malaysia vs Indonesia malam nih. Ada yang kabo....Malaysia menang 3-1 kat KL pastu time lawan kat Indon....mereka terikat 1-1. Ada yang ramalkan menang 2-0.....n kat Indon....kalah 2-0 pastu ditentukan melalui sepakan penalti dan macam2 lagi. Aku? Aku rase secara aggregatnya Malaysia akan menang 4-3.

Malam ni......Malaysia vs Indonesia.....aku memang teringin nak ke stadium. Member2 pun ada gak yang ajak pi, siap nak bagi tiket free lagi kat aku tapi.....aku decide untuk tengok kat umah jer. Takpe...walau di manapun kite berada.....yang pentingnya adalah doa. Pastikan kite sume berdoa untuk kejayaan Malaysia malam ni dan di final yang ke2 nanti.

Salah seorang daripada 2 orang goal keeper ini (Khairul Fahmi Che Mat dan Sharbinee Allawee Ramli) akan beraksi pada malam ini. Mereka adalah benteng terakhir......semoga tiada gol dilepaskan pada malam ini. Amin.

Friday, December 24, 2010

Rojak Bellamy

Semalam balik dari Seremban, boss ajak belanja makan rojak kat Penama Rojak Bellamy, Jalan Bellamy, KL. Bagi yang tak tahu....lokasinya adalah di belakang Istana Negara sekarang (bukan yang baru tau...). Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Alice Smith School (international school).
Aku ni selalu pi makan2 kat belakang istana tu tapi kat area ikan bakor jer. Bile depa ajak makan kat sini.....baru aku tau ada rojak best giler kat sini. Harganya pun murah jer...sebab rojak biase = RM 3 jer and rojak mee = RM3.50 jer.

He3....dalam diam aku snap gambo boss aku yang tengah concerntrate tahap gaban memakan rojak tersebut. Yang kiri tu la...big boss. Yang dark blue sebelah dia...tu driver. Di depan plak adalah En. Din...boss jugak. Depa sume makan rojak mee n cendul.


Haa....aku makan rojak biase. Depan aku tu...adalah staff aku Fadhli. Aku memang saje ambik gambo dia tengah makan.


Ada lagi gambo2 lain tapi sume rosak sebab aku macam malu2 nak ambik gamba. Orang sekeliling asyik pandang aku jer. Dah la...aku sengsorang jer pompuan di meja tu. Takpe...lain kali aku pi lagi n bawak kengkawan lain. So, kawan2....kalu aku ajak tu....jangan tak mai sebab rojak ni memang sedap. Takpun korang pi jer sendiri. Selamat duit aku.....He3....

Tuesday, December 21, 2010

Mekanisme baru ganti PTK


Arini berita tentang PTK kluo. Utusan Online melaporkan yang Kerajaan akan berunding dengan Cuepacs tentang mekanisme penilaian baru kakitangan awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). PM kate penilaian itu akan menjurus kepada aspek yang berkaitan dengan bidang tugas kakitangan awam sahaja.

Aku bile citer bab PTK ni....aku Ok jer bile diwujudkan. Bile dimansuhkan....pun...aku OK. Dulu ramai yang bantah sebab ada soalan yang tak berkaitan dengan bidang tugas. Ada gak yang kata teori tak sama dengan praktikal.....kije lain....exam plak kua soalan lain. Aku plak jenis tak kisah......bagi aku bile nak exam, kena membace. Bile membace...dapat ilmu walaupun hakikatnya aku dah tau dah ilmu tu. Kalau mende yang aku bace tu takdak kena-mengena dengan kije aku....aku terima sebagai ilmu baru. Kalau kite asyik menolak ilmu baru....sampai bile2 pun kite takkan maju. Aku masa exam jawatan pertama dulu....aku dapat 4-3. He3....cam score Malaysia lawan Indonesia (Final Piala Suzuki AFF) nanti la plak.

Ni sume ayat2....orang tak ready pi exam.

Pastu bile dah dapat kanan.....aku dapat 4-3 gak. Bile mengulang paper yg score 3 tu untuk dapatkan 4-4.....tetibe Jabatan aku tukor 1,2,3,4 tu jadi A,B,C,D.....maka aku pun dapatlah 4B...macam result UPSR sorang anak sedara aku la plak (Actually sama jer dengan 4-3). 4B tu aku anggap macam mewakili belia2 4B kat kampung aku nun.

Bile mansuh....dan nak ganti baru....aku OK jer dengan keputusan tu. Dah ramai sangat yang tak suke....takkan Kerajaan nak layan aku sorang yang suke kan? So, kite ikutkan jelah. Akhir2 tahun ni pun banyak jabatan yang sedang sibuk dengan Penilaian Prestasi Akhir Tahun. Aku pun dah....pikir2 dalam kepala berapa markah aku nak bagi kat staff2 aku. Berapa boss aku nak bagi aku....aku tak penah kisah pun....kalu kite buat kije ikhlas...Insya-Allah, adalah bahagian yang baik untuk diri kite. Bak kate Fahrin Ahmad dalam iklan Garnier...."Prestasi boleh diukur, kecerahan kulit pun boleh diukur...". Cuma aku nak tambah skit....."Prestasi dan kecerahan boleh diukur tapi adakah...hati orang yang menilai prestasi tu......boleh diukur?". Kepada staff2 aku....Insya-Allah....aku akan bagi seadil-adilnya sebab kalu aku tak adil....di akhirat kelak...aku plak yang akan dinilai seadil-adilnya.

Monday, December 20, 2010

Promo Hantu Kak Limah Balik Rumah

Last week, Zaidah ajak aku pi tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah kat TGV Wangsa Walk. Demi Zaidah....aku n MsTips pun pi la singgah Wangsa Walk arini dengan niat nak pi tengok citer tu dengan dia. Konon nak nengok tayangan 9 pm.....bile beratur cantek....kat kaunter, kami ternampak ayat yang tak berapa sodap dipandang di skrin senarai movies iaitu.....Hantu Kak Limah Balik Rumah - 9 pm = FULL. Berkelip-kelip perkataan FULL tu, berkelip-kelip la jugak bijik mata kami memandangnya.
Maka kami pun decide nak pi nengok citer tu di lain hari saje. Siap beli tiket lagi agar tak menerima nasib yang sama macam arini. Tapi hati dah tak sabo dah ni, macam best jer citer nih.
video
Promo Hantu Kak Limah Balik Rumah
Psssttt...syok gak tengok Ngangkung arini. Betul la....surat kabo dok puji citer ni best n banyak pengajaran. Aku setuju!

Saturday, November 27, 2010

Pantang larang anak-anak raja


kami & ibu & Nene (dalam perut)

Aku malas la nak bongkar rahsia....tapi kan idup ni ada pasang dan surutnya dan lambat-laun rahsia tu akan terbongkar jua. Cenggini...aku dan MsTips sebenarnya berketurunan diraja. Kalu ikutkan pantang-larang keluarga, kami boleh jadi lemah gemalai kalu tak menjejakkan kaki kami kat mana2 Istana dalam tempoh 3 bulan. Maknanya setiap 3 bulan sekali...kami mesti pi istana. Lagi satu.....makan pun ada pantang-larangnya jugak. Kalu kami dah rase tak bermaya.....lomah kepala lutut...kami kena pi makan benda2 yang berlandaskan an berunsurkan raja2. Ishhh......! Memang susah jadi anak raja ni.
So...lepas pakat2 dengan MsTips...kami pun terjah la satu Istana. Nak pi Istana Negara yang baru....tak siap lagi. Kalu ikutkan istana tak siap lagi kira macam kurang kedaulatannya...so pikir punya pikir....kami pun pi la Istana Budaya. Alang2 dah ada kat situ....tetibe jer semangat Melayu dan Islam kami menebal....maka harus rasenya keturunan raja macam kami ni pi tengok Teater Natrah.


MsTips beratur.....untuk membeli tiket. Walaupun kami ni keturunan raja, tapi kami memang berjiwa rakyat. Tak main la potong2 Q ni.

Aku yang begitu gumbira mendapat tiket di kalangan seat yang depan.


Remy Ishak dan Maya Karin yang begitu teruja nak bergamba dengan aku. Nak buat macammane kan....layan jelah.


Jangan jelesss....Fizz Fairuz dan aku saling berpegangan tangan.



Kesian...dah tua Umie Aida ni...tapi takpe, aku biarkan dia duduk dan aku berdiri. Seorang anak raja perlulah mendahulukan rakyatnya.


Setelah kepenatan melayan rakyat kami itu.....kepala lutut kami masih lemah. Kami tahu ada satu lagi perkara yang kami perlu buat iaitu makan makanan yang mempunyai unsur-unsur raja2. Maka kami pun mencari la...tempat ni...

Dengarnya...kat SOHO ada tempat makan tu....

Puas kami pusing kat SOHO KL, akhirnya.....berjumpa jua dengan kedainya.


Aku sedang usha.....sushi yang ada....

Akhirnya.....kami pilih yang 3 ni...


Aku makan dengan sopannya. Anak raja mane boleh makan bersepah! Anak bukan raja pun tak buat perangai cenggitu.

Lagi satu...anak raja ke bukan anak raja ke....sume tak bleh membajir! Makan mesti kasi habis.




Menu ni nampak menarik.....so kami pun try.


Tu dia.....dah mai dah....! Haa....apa lagi, kami pun makanlah sampai tak larat. Actually kalu kami makan yang 3 jenis tadi pun dah cukup dah. Sushi ni memang mengenyangkan.

Haa....lepas selesai sumenya. Kami pun pulang semula ke rumah kami. Kami memang taknak dok istana. Susah.....banyak protokol. So, kami dok kat umah biasa2 ajer.
p/s: Jang.....TQ so much kerana menaja tiket Natrah. Sebagai menghargai DUIT ko....kami beli tiket yang harga kedua paling mahal. Tapi takpe....ada contribution for charity. Badan amal mane...aku kurang pasti, tapi mamat yang jaga kaunter tiket yang cakap cenggitu. Kalu dia tipu....maka tipulah kami.
p/s : Tips kepada sesape yang nak beli tiket Natrah dan ingin beramal, sila beli tiket lebih dari RM100.
p/s : Kepada mane2 students....kena tunjuk ID n korang bleh dapat 20% discount. Tapi hanya untuk tiket2 yang bawah RM100 jer.

Thursday, November 25, 2010

Pehhh....bestnya ikan bakar ni...


Kalu kat kolumpo ni....banyak tempat makan yang ada. Antara menu peberet aku adalah ikan bakor. Sesekali pi pekene ikan bakor, syok tak terkata. Antara tempat yang aku suke pi adalah Kedai Ikan Bakar (Asli) Pak Din berhadapan dengan Klinik Kesihatan Tanglin. Kedai ni kul 11.00 pagi dah start berniaga dah....n dah bole makan pun time tu. Depa bakar biasa2 jer....cuma air asamnya yang membuatkan korang kalu makan....tak bole tido malam. Memang best....! Korang try la kat sini kalu tak percaya.

Tempat kejadian dari arah parking. Kalu makan bole dok kat dalam kedai atau korang bole makan kat luar jer.....banyak meja disediakan kat luar. Macam aku, aku tak kisah sangat luar ke dalam....janji makan.

Kalu nak ambi nasi dan lauk lain....sila ambik kat depan ye....anak2. Lauk2nya pun kira boleh tahan la jugak. Biasanya aku ambik nasi dan sayur kat depan........ikan bakar ambik kat tempat bakar kat belakang.

Ni...gambo ikan pari bakar dan sotong bakar yang dah separuh aku dan Ms Tips kijekan. Lihatlah rupa paras air asamnya....pehhhh....sedappp...haw liao....!

Gambo pinggan nasi aku yang dah tinggal separuh. Sepatutnya aku ambik masa before makan tapi bile nampak ikan bakar tu....tetibe jer aku lupe diri.

Ni laa....gambo tempat pembakaran ikan, pari dan sotong bakar. Pi jer kat depa dan cakap nak makan ape. Depa boleh anta atau korang pi jer ambik sendiri. So far...service depa ni cepas dan pantas, maybe sebab pekerjanya ramai kot.

Haa.....tertarik tak? Kalu nak try pi jer sana. Aku memang takde scandal dengan tokey dia (Pak Din)....aku cuma nak kongsi kebahagiaan aku bile makan dengan korang.

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK