My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year - 2010 / 1431 Hijrah

Happy New Year kepada semua ahli keluarga dan kawan2 semua. Semoga kita berjaya menunaikan semua azam yang tak tertunai lagi pada tahun2 yang lepas. Harap2 azam2 tu sume masih belum expired lagi.
Mungkin tak terlalu lewat untuk aku mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua yang beragama Islam. Jangan plak asyik menyambut tahun baru 2010 tetapi terlupa menyambut tahun 1431 Hijrah. Kite ni dah masuk 14 Muharam hari ni ye...adik2, kakak2, abang2. Ada sesape yang terlupe bace doa akhir tahun...awal tahun tempoh hari?...Haa...kantoi!
Bila dok ingat tahun 2009....macam2 yang berlaku dalam hidup aku. Ada yang suke....dan ada yang tak berapa syok untuk diingati. Apapun....itu la hidup. Mana ada asyik syok je.
Semoga tahun 2010 /1431 Hijrah ni....memberikan seribu keberkatan, kebahagian, kemuliaan, rezeki, kesihatan yang baik dan kesejahteraan ke atas kita semua. Amin.

Aku, PTK dan Kawan2ku

Semalam....beberapa member dok call dan sms aku....tanya result exam PTK yang dah keluar semalam. Aku plak mase tu tengah busy...tak sempat nak check. So, aku pun suruh la Rozita (antara yang berminat nak tahu result aku) pi tengok kat website AG tu.
Mase Rozita check tu...aku tengah drive. Nasib baik aku tak pi langgar kete kat depan aku.....bila dia cakap aku lulus...dapat 3 untuk paper Umum dan 4 untuk paper Khusus. Mahu tak terperanjat.....!
Apapun, syukur Alhamdulillah....ke atas rezeki yang Allah bagi. Terima kasih la....atas sms member2 yang ucap tahniah tu. Cepat benor korang dapat tau tentang result aku ye? Seingat aku....la, semalam yang tahu hanya Rozita (si tukang check), pastu aku kabo kat Zuriah (kawan se-batch aku) dan Adizilawati.....yang bertanya sahaja. Emmph....korang...network korang memang laju la.
Kepada kawan2 yang lulus tu....tahniah. Tapi....bagi kawan2 yang kurang bernasib baik tu....jangan plak putus asa dan jangan bersedih. Sampai ada yang makan lauk beli je sebab takde mood nak masak sebab tak lulus (eleh....aku tau korang malas masak yang benornya!) dan ada yang tak mahu balik kampung sebab sedih (mmm...alasan malas balik kampung la tu! Cakap je lah nak count down new year kat KL). Kepada korang...aku nak kabo sikit....jangan sedih. Sesiapa yang lulus ni...takkan meletakkan diri kami walau seinci pun di depan korang yang tak lulus. Kita ni sama je. Cuma rezeki belum sampai kat korang je lagi. Lagipun....takat lulus...bukannya dapat apa. Nak naik pangkat lagi? Ramai lagi senior kita tak naik lagi. Nak naik gaji ke P2? Tak lepas la beb....kena dapat 4-4, baru dapat. Bersyukurlah....dengan kenaikan gaji tahunan kita tu ye.
Moral of the story....bersyukur la nak.

Wednesday, December 9, 2009

My new baby.....

Malam ni, secara rasminya aku perkenalkan my new baby. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan rezeki untuk aku merasa pakai kete baru. Kete ni tidak la...seberapa, mungkin tidak sehebat orang lain. Tapi aku tetap bersyukur.
Masa salesman ambik aku dengan kete ni dan bawa aku ke PESB, Mutiara Damansara untuk sign certain documents dan sessi tunjuk ajar menggunakan kete ni......hati aku rase berdebar-debar. Masa tu....dia yang drive.
Masa nak bawa balik.....rase macam baru pertama kali bawa kete. Nak kuar parking pun glabah. Untuk pertama kalinya aku berpeluh di dalam air-cond yang sejuk. Dan aku bawak 60km/jam je.
Memang aku fobia. Dulu...mase kete pertama aku penah langgar sikit belakang sebuah kete selepas 3 hari pakai kete tu. So...memang takut, beb.
Lepas tu terus aku balik umah. Awalnya nak ambik housemate aku (Ani) tapi takut punya pasal....aku terus balik umah. Kesian Ani...kena balik dengan bas. Dah la...dia puasa semalam.
Malam, lepas solat Isyak....aku dan Ani pi test drive kat Jalan Raja Laut sampai Pusat Bandar Damansara. Dan hari ni....I've gained back my confident. But still...kelajuan aku tu tak lebih dari 60km/jam. Emmm....sampai boss aku, Ms Ng cakap..."rase macam bukan Jumir yang drive". Sebab dia dah biasa tumpang aku dan dia tahu.....aku memang bawa laju.
Walaupun aku gembira dengan kete baru aku ni....tapi hati aku sayu je rase bile tengok kete lama. Kete tu masih ada......dalam proses nak jual kat sorang Chinese. Dah dekat 5 tahun setengah aku pakai kete tu. Banyak jasanya pada aku dan banyak kenangan aku dengan kete tu. Rase sayang plak nak let go tapi takkan aku nak pi bayar installment untuk 2 buah kete....kan?
Apapun, moga-moga urusniaga kete lama tu berjalan dengan lancar dan semoga aku dan orang-orang yang bersama aku selamat dengan kete baru ni. Amin.

Sunday, November 22, 2009

Proton Iswara 1.3 For Sale

Aku bercadang untuk menukar kereta baru. Insya-Allah, kalu ada rezeki. Tapi aku nak let go kete lama ni. Aku dah advertise kat Motor Traders dalam 2 minggu dah. Petang tadi...aku advertise kat Mudah.com. So, sesape yang berminat dengan kete aku ni....bole la contact aku. Bole tengok sendiri...bole bincang....test drive pun bole.
Ape yang bole aku kabo tentang kete aku ni....warna hitam (original paint). Kete tu....in tip top condition....service by Proton Service sejak beli sehingga kini. Boleh tengok record, kalu nak. Tyres dan sport rim tu....aku baru tukar dalam bulan Mei 2009. Lagi satu...power stering dan accident free. Harga aku letak RM 14,500. Tapi bole nego lagi.


Ni....gamba enjin. Sesape yang berminat bole contact aku di 012-2803416. Kete...bole tengok kat office di Pusat Bandar Damansara. Kalu after office hour / waktu cuti, korang bole tengok kat umah kat Segambut. Kita juga bole arrange untuk berjumpa di mana-mana area KL (tertakluk kepada kelapangan bouncer2 yang akan mengiring). Almaklumlah.....kita tak saling kenal...so memang aku akan bawa 2 orang bouncer.

Sesape yang nak buat loan tu....bisa ditolong. Aku ada kawan yang bole tolong.

Tuesday, October 20, 2009

Gamat

Dek kerana Amy Mastura.....aku setuju pi tengok teater Gamat di Istana Budaya pada 11 Oktober yang lalu. Aku beli tiket murah je...RM 21.50 (permentasan Ahad, jam 3 petang).
Overall, ceritanya menarik, kelaka dan aku paling suka tengok watak "Mat" si anak Gamat. Amy Mastura pun OK. Cuma...sayang tak dapat tengok watak si ikan pari, lakonan Adibah Noor. Dengar-dengarnya....dia ada commitment lain (Cuci the musical). Yelah...kan pementasan Gamat ditunda bagi memberi ruang kepada sebuah teater untuk hari kemerdekaan. Tapi kan, aku bukanlah nak mengata tapi.....bila aku dengar iklan kat Hot.fm tentang Cuci the musical, bila tang Hans sebut harga tiket hanya serendah RM 43 sahaja.....aku mula terfikir satu perkara. Tiket termurah PGL dulupun hanya RM 30 je. Citer PGL tu dah kire berprestij tahap Gaban dah. Tapi awat tiket Cuci lebih tinggi?...Emmm....yang pasti aku tak minat Cuci. Aku bukanlah mencari harga tiket termurah. Dulu pi tengok PGL...aku taklah beli tiket harga RM 30, tapi aku cari tiket yang harga RM 70 (kire...OK la tu).
Untuk next pementasan di Istana Budaya...aku tak sabar nak pi beli tiket citer Natrah. Natrah akan dilakonkan oleh Diana Danielle dan suaminya akan dilakonkan oleh.....sape ke namanya....sape nama budak Adam dalam Nur Kasih tu....ala...namanya....ntah tak ingat! Yang aku ingat...dia jadi Adam dalam Nur Kasih. Dan...aku nak maklumkan di sini.....aku nak tengok Natrah kerana ceritanya dan bukan sebab Diana Danielle atau budak Adam tu.
So...kite jumpe di sana la kot nanti.

Sunday, September 27, 2009

Tudung

Aku tertarik dengan sebuah article di column agama Berita Minggu hari ini. Korang maybe jarang-jarang membaca column ini. Yelah.....selalunya, ramai orang lebih suka baca berita sukan. Ada juga yang terus capai column hiburan....bila membaca akhbar. Walaupun....aku pun sama macam korang tapi aku takkan lupa untuk membaca rencana-rencana yang lain.....terutama column agama ini. Article yang aku baca tu....korang boleh access di sini :
Tajuknya : Ulul Albab: Usul cukai tudung persis debat Nabi Ibrahim, Namrud
Antara petikan article tersebut adalah seperti berikut :
Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders mengusulkan wanita bertudung di Belanda dikenakan cukai 1000 euro (RM5,100) setahun! Alasannya kerana tudung bukan budaya Belanda dan simbol penindasan serta merosak pemandangan bermasyarakat.
Mujurlah di Belanda masih ada ahli Parlimen yang bertimbang rasa. Ketua Fraksi Parti Sosialis (SP), Agnes Kant, sebaliknya mengusulkan agar dikenakan cukai bagi bahan waterstofperoxide atau hidrogen peroksida (H2O2) yakni campuran kimia yang dipakai Wilders untuk mewarnakan rambut hitamnya menjadi perang kerana Wilders sendiri berketurunan Yahudi pada sebelah ibunya yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia ketika penjajahan Belanda. Oleh itu, rambut asalnya ialah hitam.
Kant menambah bagaimana dengan keppeltje atau kopiah penganut Yahudi, apakah pemakainya akan dikenakan cukai juga? Wilders agak tersentak, lalu menjawab keppeltje tidak termasuk dalam cadangannya. Kant bertanya lagi, bagaimana dengan penganut Kristian dan Katolik di kota kecil dan desa yang masih ramai mengenakan tudung?

Wilders nampak tidak siap dan kurang penyelidikan dengan fakta ini, bahawa masih ramai penganut Kristian dan Katolik di Belanda yang bertudung. Selepas berfikir seketika, Wilders menjawab yang dia hanya merujuk khusus untuk penganut Islam. Mendengar jawapan ini ruang sidang Parlimen Belanda riuh rendah. Bagaimana undang-undang akan diluluskan jika hanya membabitkan sebahagian warga negara, manakala warga lain terkecuali?
Sementara Femke Halsema dari Groenlinks juga menanyakan bagaimana peraturan seperti itu boleh diamalkan? Bagaimana Wilders atau penguatkuasa undang-undang dapat membezakan pemakai tudung ialah umat Islam, Kristian atau Katolik? Apakah mesti diwajibkan polis khusus untuk memeriksa mereka yang bertudung dan menyoal siasat apakah mereka penganut Islam, Kristian atau Katolik? Wilders tak dapat memberikan jawapan konkrit kecuali mengatakan peraturan itu akan menakutkan perempuan Islam.
Komen aku :
Aku rase.....kalau la mamat (Wilders) ni ada kat depan muka aku la ni. Aku tampo je muka dia. Aku juga akan belasah dia sampai lembik. Kiranya aku ni manusia berhemah lagi....sebab aku tak memasang niat untuk membunuhnya. Kita orang Islam. Kita tahu batas kita. Si Yahudi macam dia ni....tak habis-habis nak menindas orang-orang Islam.
Ada ke patut dia kate bertudung tu simbol penindasan dan merosakkan pemandangan masyarakat. Tiada sesiapa yang tertindas sekiranya bertudung. Tak rosaknya mata Wilders tu kalau ada perempuan bertudung lalu di hadapannya. Maybe matanya yang perlu dicungkil keluar kot! Bagi aku...bile kita melihat sesuatu.....kite bukan setakat melihat dengan mata tetapi kita melihat dengan mata hati (mata dan hati). Jika dihati kita ni penuh dengan hasad dan dengki....setiap pandangan yang elok....akan kelihatan buruk.
Dulu....aku ni free hair.....pastu kejap pakai tudung, kejap cabut tudung. Macam biskut chipsmore. Bila berusia 23 tahun....barulah aku pakai tudung tanpa mencabutnya lagi. Dulu masa free hair....ada yang marah aku berpenampilan begitu. Adik-beradik aku bising. Kawan2 pun ada yang bising. Ada gak yang bagi mesej-mesej paksaan kepada aku. Masa tu....semakin dipaksa, semakin aku taknak ikut. Maklumlah...darah muda. Masa tu juga aku percaya masanya akan sampai juga. Aku akan pakai tudung bila masa tu tiba dan aku minta mereka...jangan paksa aku.
Alhamdulillah.....di satu hari yang tenang...pada tahun 2001. Tiba-tiba....aku rasa nak pakai tudung dan aku berasa gembira dengan diri aku sendiri. Tiada paksaan....apatah lagi penindasan, semuanya datang dari diri aku sendiri. Aku bertudung bukan kerana kata-kata orang lain. Mungkin itu satu hidayah dariNya.
Bila Siti Nurhaliza mula nak bertudung dan walaupun nampak macam separuh je.....aku tak komen banyak macam sesetengah orang tu. Aku juga taknak komen banyak tentang isteri pemimpin negara yang tak pakai tudung dan yang pakai tudung nampak jambul je. Biarlah depa. Aku percaya....hidayah yang diterima aku, akan diterima oleh orang lain jua. Cuma aku lebih beruntung....aku tersedar di usia 23 tahun. Siapa la...kita nak dok sibuk judge orang lain. Hebat sangatkah kita ni?
Bertudung tak bermakna kita ni baik dan lebih beriman daripada orang lain. Keimanan kita tidak diukur berdasarkan saiz, warna dan jenis tudung yang kita pakai. Keislaman kita pun tak berdasarkan parti apa yang kita sokong. Apatah lagi tudung. Aku selalu memerhatikan gelagat manusia di tempat awam. Macam-macam gelagat. Aku perhatikan...ramai yang bertudung. Ada yang bertudung dan menjaga aurat tubuh mereka yang lain. Ada juga yang bertudung tapi tak menjaga aurat mereka di bahagian yang lain. Ada gak yang tak pakai tudung tapi berkelakuan lebih sopan daripada yang pakai tudung. Emm...siapalah aku nak judge mereka, betul tak?
Semoga semua orang mendapat hidayah dariNya. Bila memandang.....pandanglah dengan mata hati dan bersihkanlah hati kita dari segala hasad dan dengki.
Renung-renungkan.....dan selamat beramal.

Saturday, September 26, 2009

Kisah Convo...

25hb hari tu....member aku Shirin sms. Dia inform tentang convocation kami. Tarikh ambik jubah.....11 Oktober (Ahad - 8.00 pagi), raptai.....hari yang sama pada pukul 10.00 pagi dan convo...pada 18hb (Ahad - 12.00 tgh). Bill convo plak....RM 140. Itupun aku mintak tolong Shirin pi bayarkan. Dia kan keje bank Islam.....senang, bayar kat situ je. Thank you....Shirin. Jasa hang dikenang! Kalau tak, tak perasan kami akan tarikh2 tu sume.
Cuma....aku tengah pikir ni...nak pi tak raptai pada pukul 10.00 pagi.....11hb tu. Pada hari yang sama....aku nak pi tengok teater GAMAT kat Istana Budaya pukul 3.00 petang. Kalau diikutkan, sempat sangat aku balik KL dan tengok GAMAT tu. Cuma....berdasarkan pengalaman convo masa diploma dulu....takde apa sangat masa raptai tu. Tengoklah....kena pikir lagi ni.
Cerita pasal convo ni....kalau ikut sejarah, aku dah 3 kali convo (tak termasuk pada 18hb ni....nanti). 2 kali masa aku ambik LCCI kat kolej dulu, pada tahun 1995 dan 1996. Pastu masa Diploma in Accountancy pada tahun 2002. Dalam tempoh tu.....convo tahun 1995 dan 1996....takdak sape yang datang tengok aku. Masa tu.....mak dan ayah aku tak sihat sangat. Ayah selalu masuk hospital. Mak pula....kena strok kali pertama. Aku pun takde la...rasa sedih sangat bila takdak sape tengok aku convo. Aku faham....keadaan ayah dan mak aku masa tu. Adik-beradik aku pun....sibuk. Lagipun semua tumpuan diberikan kepada mak dan ayah aku yang sedang tak berapa sihat pada ketika itu.
Masa Diploma in Accountancy......ada la...sorang kakak aku dan familynya yang pi hantar aku ke Shah Alam. Masa tu.....mak dan ayah aku telah meninggal dunia. Sekali lagi....aku tidak berasa sedih sangat......sebab aku memahami keadaan aku pada ketika itu. Tak mengapa.....walaupun mak dan ayah tak dapat tengok aku convo, aku percaya semasa hayat mereka...mereka sentiasa berbangga dengan anaknya ini.
Convo akan datang ni.....ramai la pulak....adik-beradik aku yang nak datang. Kawan2 pun....turut sama nak memeriahkan suasana. Siap ada yang dah pikir nak pakai baju kaler ape. Dan ada yang nak hadiahkan kain untuk dibuat baju convo. Emm.....rasa lain macam la pulak. Sorry la....bukan aku tak suka....cuma aku tak biasa. Terima kasih la....di atas sokongan korang semua. Kalau diikutkan....masa convo...aku nak pakai baju yang sedia ada saje. Tentang adik-beradik aku yang nak datang tu....suke hati korang la. Aku OK je. Kepada kawan-kawan tu.....aku alu-alukan.
Pergi atau tidak pergi.....harapan aku...korang sentiasa doakan semoga aku dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan berjaya di dalam hidup dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday, September 23, 2009

Alkisahnya.....

Hari ni....dah masuk hari raya yang ke-4. Tapi aku dah balik KL semalam. Actually aku cuti sampai Jumaat.....aku balik awal sebab dah takdak orang kat umah kampung. Adik-beradik aku....rata-ratanya dah mula bergerak ke rumah mentua depa pada hari raya ke-2. Yang ada cuma sorang abang dan 2 orang kakak aku je. Tu pun semalam, depa pi beraya kat Pekan dan Kuantan. Aku rase.....OK gak balik awal kat KL ni, dapat relaks kat umah tanpa gangguan sesape (itulah harapan aku pada asalnya).
Tup-tup...! Hari ni aku terpaksa rela menemani housemate aku pi keje. Emmm...ni tengah lepak kat office dia la ni. Dah habis semua games kat laptop aku tu...aku pi main. Ni dah berada di tahap boring tahap gaban dah ni! Esok aku taknak ikut. Esok aku nak lepak umah je....kumpul tenaga untuk pi umah terbuka pada Sabtu dan Ahad ni....he..hee.
Yang sebenarnya...keje aku kat office tu memang berlambak. Kalu la..big boss aku tau...aku cuti dok lepak umah kat kolumpo ni je...mesti dia bising. Dia dah bagi dateline kat aku dan anak2 buah yang pada akhir bulan ni kami kena siapkan at least 20 reports...! Tapi kami baru siapkan 5. Apa bole buat boss...keje...keje jugak tapi kekadang rase nak cuti gak.
Sehari before aku balik kampung hari tu....ex-staff aku...Rin ada tepon. Saje borak2 dengan aku. Katanya...boleh tak kalau nak jadi staff aku balik. Bila dengar dia cakap macam tu....rase sedih plak. Dulu aku dengan dia rapat. Walaupun kami rapat tapi time keje...bile dia buat salah....tetap kena marah dengan aku. Dia tepon nak mintak duit raye....emmm...sama je macam zaman dia anak dara dulu. Bukannya nak mintak duit raye untuk anak dia...tapi mintak untuk diri dia sendiri. Dulu...dia dan sorang lagi budak pra matang nama Diana selalu pi mintak duit raye dengan aku. Memang aku selalu bagi pun. Bukan aku tak suka staff yang lain...cuma mereka tak mintak. (Hah! Bile depa bace ni...sah menyesal...). Tapi selalunya...aku akan bagi untuk yang ada anak sekolah rendah aje.
Tahun ni....aku bagi duit raye pada staff aku yang ada anak dan yang anak dara/teruna. Emm..bukan banyak pun, tapi seronok bile tengok orang lain seronok. Kata mereka...nak simpan buat kenangan. Agaknya mereka tak penah dapat duit raye daripada boss kot.
Haa...di sini...di kesempatan ini...nak mintak maaf banyak2 la bagi yang sms wish hari raye...tapi tak balas. Bukan ape....masa kat kampung...line tak OK sangat terutama maxis. Bile balas tu...tak sedar sms failed! Semua masuk outbox. So...tak tau la yang mane satu....tak balas lagi. Nantilah orang check balik dan sms semula pada korang. Apapun terima kasih la di atas ingatan korang semua. Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin dan semoga korang bergembira selalu di hari raya ini.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya....



Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan.....maaf zahir dan batin di atas segala kesilapan (termasuk tak update blog...he...he...gua busy beb!). Jemput la datang umah kat kampung....sesape yang dekat atau lalu kat kampung aku tu, singgah je ler....aku ada kat umah sampai 22hb September. Kalu nak datang umah kat KL....korang kena bagitau dulu....kuih raye kalu kat KL maybe takdak tapi kalu masakan panas.....iya...bisaku sediakan dong...! Takpun...korang buat je Rumah Terbuka. Aku boleh datang. Setakat ni...aku dapat undangan dalam 4 buah umah untuk hari terbuka....Insya-Allah aku datang. TQ kepada yang menjemput.

Saturday, September 5, 2009

Kuih Raye....!

He...He...akhirnya aku berjaya buat kuih raya tahun ni. Walaupun rupa parasnya tak seberapa....aku tetap bangga dapat buat kuih raya pertama dalam seumur hidup aku ini. Yelah...biasanya aku akan beli je. Tetapi tahun ini akan jadi permulaan untuk aku improve diri aku dalam bidang masakan. Aku suka makan....biasanya aku lebih suka masak lauk pauk. Pantang jumpa masakan baru...aku akan cuba buat sendiri. Dan aku memang tak suka buat kuih dan kek. Tetapi apabila aku kenangkan berapa banyak duit aku dah habis gara2 beli kuih (yang harganya dah semakin mahal ni...), aku pun tekad buat kuih sendiri. Ini baru yang pertama...tengoklah....aku akan berusaha membuat beberapa jenis lagi (kalu ada masa).
Tetapi...bukan semuanya aku akan buat...ada gak yang aku beli....mana ada masa beb. Cuma tahun ni...aku tempah kuih tak sebanyak tahun-tahun yang lalu. Memang la...bila aku cerita kat kawan-kawan...ramai yang gelakkan aku.....tak percaya yang aku boleh buat kuih. Takpe....gelaklah....aku tak kisah. Janji aku bahagia.

Wednesday, August 19, 2009

Kibarkan bendera....kebanggaan kita.

Hari ini aku sengaja memulakan semangat kibarkan bendera Malaysia sempena kemerdekaan kita yang ke 52. Aku beli bendera dan minta staff aku gantungkan di pejabat. Tiba-tiba...semua orang macam naik semangat....depa pun nak hias pejabat dengan bendera jugak. Bos yang jaga admin pun memulakan cadangan agar setiap seksyen menghias ruang pejabat dengan bendera Malaysia. Seronok aku tengok...keadaan tu.


Sejak awal bulan Ogos...aku lihat, warga ibukota macam kurang semangat je nak menyambut hari kemerdekaan. Mungkin semangat mereka hilang kerana gara-gara H1N1. Atau ramai yang dah berada di mood puasa...kot. Takpun kerana keadaan ekonomi yang masih agak tidak memberansangkan. Ekonomi aku...OK je. Setakat beli bendera tu...bagi aku...apa la sangat. Aku tengok depa ni...beli benda2 yang bukan2 tu...boleh je, tapi beli bendera...taknak. Rata-rata orang hanya mengharapkan bendera free.

Bendera tahun lepas pun boleh guna....apa? Ada gak bendera tahun lepas yang aku recycle....tapi dengan gaya hiasan yang berbeza. Aku ni patriotik sikit. Aku bangga dengan Malaysia...dan aku menghargai kemerdekaan negara. Setiap kali aku menonton filem Bukit Kepong....aku akan menitiskan air mata.....masa tu, semangat cintakan negara sangat berkobar-kobar di hati aku.

Aku anak Malaysia yang lahir selepas merdeka. Tapi hampir separuh hidup aku ini....dihiasi dengan cerita-cerita orang2 lama tentang keadaan sebelum merdeka. Betapa susahnya hidup mereka ketika itu...dan betapa besarnya pengorbanan pejuang dan pemimpin negara pada ketika itu.

Di sini...aku ingin ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Merdeka bukan setakat tengok konsert menjelang kemerdekaan pada malam 31 Ogos ataupun pi tengok perbarisan di pagi 31 Ogos. Semangat merdeka perlu ada dalam jiwa kita....! Kita perlu fahami erti kemerdekaan dan menghargai pengorbanan orang-orang lama.

Sekian. Salam 1 Malaysia dari aku untuk korang semua.

Sunday, August 16, 2009

Boikot Barang Israel.....!

Di sini aku ciptakan satu sajak buat mereka yang selalu terlupa akan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin...

Tidakkah kau terasa?
Tidakkah kau mendengar?
Butakah matamu wahai saudaraku?
Butakah hatimu atau sengaja kau tulikan fikiranmu?

Lihatlah di sana!
Ada wajah yang mengharap
Ada hati yang sengsara di bumi sebelah sana
Mungkin mereka bukan anakmu
Mungkin mereka juga bukan ibumu
Tetapi mereka adalah saudaramu
keturunan kita yang lahir dari benih Adam dan Hawa

Setiap titis darah yang terkorban dimamah peluru hitam tentera zionis
perlu kita balas dengan satu azam
Cukuplah dengan satu azam...wahai saudaraku
Jangan disentuh!
Jangan disentuh barangan yang boleh menzahirkan agenda mereka!
Jangan biarkan zionis bermaharajalela

Aku tidak meminta kamu berperang!
Aku tidak meminta kamu mengangkat senjata
Aku cuma meminta kamu memegang azam itu
Aku merayu.....peganglah azam itu...

Tolonglah....aku merayu bagi rakyat Palestin yang teraniaya
Jangan disentuh barangan yang boleh menzahirkan agenda zionis!

Kita boikot! Kita boikot! Kita boikot!
Kekanglah segala nafsumu...
Kenangkanlah anak-anak Palestin yang menderita

Tidakkah kau kasihankan mereka?
Tidakkah kau terasa?

Wahai saudaraku...
Peganglah azam yang satu itu
Jangan sesekali kau lepaskan...jangan sesekali kau lupakan...



Untuk pengetahuan semua....sehingga ke hari ini sejak dari hari pertama aku memboikot barangan Israel....aku telah berjaya mengekang nafsuku. Ternyata...aku tidak mati setelah lama tak makan KFC, Pizza Hut, Mc Donald, Maggi....dan tak minum minum Coke, Sprite, Fanta.

Kulitku juga tidak menggelupas atau hodoh hanya kerna tidak memakai barangan L'Oreal dan Johnson & Johnson. Gigi aku juga tidak reput hanya kerana aku tidak memakai barangan Colgate.

Jadi..kenapa tidak mahu berjuang bersama aku? Tidakkah korang terasa? Tidakkah korang kesiankan rakyat Palestin?

Pertandingan Bowling

Antara sukan yang aku selalu layan sekarang adalah bowling. Hari semalam aku ada pertandingan bowling diperingkat office. Aku adalah penolong ketua urusetia....atau lebih tepatnya...aku buat hampir segalanya termasuklah tugas ketua urusetia dan sebagainya. Tak kisahlah...setiap sesuatu ada kekurangannya....dan setiap jawatankuasa pasti ada yang bersikap NATO (no action....talk only). Apapun..segalanya dah selesai....
Walaupun kali ni tak menang hadiah utama....tapi aku enjoy je. Group aku group nombor 8. Kalau ikut bangsa Cina...banyak "ong" tu. Tapi bagi group kami hari semalam......hampeh! Apapun group aku tetap berbangga dengan diri kami. Heh...heh! Biar kalah....janji bergaya!
Nantilah...aku upload gambar2 masa tournament tu.

Sunday, July 26, 2009

Peristiwa 18 Julai.....

Hari ini 26 Julai 2009. Tiada yang istimewa berlaku pada hari ini. Yang menarik perhatian pun...berita pengebumian Yasmin Ahmad. Emm...beliau meninggal di usia 51 tahun....agak muda.
Tetapi hari ini, saya ingin bercerita tentang 18 Julai....
Arwah ayah aku meninggal pada 18 Julai, 1999. Waktu itu, aku masih belajar di UiTM Pahang. Aku masih ingat pada petang 17 Julai....aku menelefon ke rumah dan kakakku menyatakan yang arwah ayah masuk CCU, Hospital Kuantan. Aku mahu pulang tetapi kakakku kata..."Tak perlu....Abah OK". Hari pun agak petang...jadi aku pendamkan saje hasrat untuk pulang menziarah ayah. Lagipun, masa tu aku dah kehabisan duit belanja.
Subuh esoknya...18 Julai, 1999.....aku bermimpi...mak aku menangis. Masa tu...aku rasa tak sedap hati. Tengahari 18 Julai...aku dapat pesanan yang ayah aku tenat di Hospital Kuantan. Aku bergegas untuk keluar dari kampus dan setiba di pintu utama kampus terdapat seorang Pak Guard yang bertugas. Aku merayu memintanya membenarkan aku keluar dan pulang tetapi dia tidak benarkan dengan alasan tiada resident staff yang menandatangani kad keluar aku. Aku telah jelaskan keadaan aku dan memang resident staff tiada di rumah sebelum aku bergerak ke pintu utama. Hampir 45 minit aku merayu Pak Guard yang tidak bertimbang rasa itu. Dia ingat aku menipu. Akhirnya.....aku melutut di hadapannya dan meminta dia benarkan aku keluar. Melihat kedaaan aku, dia menelefon seorang pegawai UiTM dan meminta kebenaran untuk membenarkan aku keluar.
Setelah keluar, aku menunggu teksi di luar UiTM untuk ke bus station. Setelah hampir 15 minit, aku pun menaiki teksi menuju ke arah bus station. Duit yang ada di tangan aku cuma RM80.00....pemberian kawan baikku, Liza. Itu aje yang aku ada. Di bus station, aku cuba bertanya waktu perjalanan bas kepada orang ramai di situ...tetapi aku terlalu sebak. Aku berlari ke tandas. Selepas bertenang, aku bertanya lagi...dan kata mereka...lagi 1 jam bas baru ada. Jadi aku pun pergi ke arah kaunter teksi. Yang sedihnya...dalam keadaan kecemasan itupun, pemandu teksi masih tidak mahu mengurangkan harga sewa teksi. Proses tawar menawar itu pun mengambil masa hampir 10 minit. Tanpa berlengah, aku bersetuju dengan harga sewa teksi sebanyak RM 60 untuk ke Hospital Kuantan.
Aku telah meminta pemandu teksi memandu dengan laju...kerana aku perlu segera sampai di hospital. Tetapi pemandu itu tetap membawa teksinya dalam kelajuan yang biasa. Aku terpaksa bersabar. Setiba di pintu masuk hospital...tiba-tiba sebuah ambulan keluar. Kami seiring, teksi yang aku naiki masuk dan ambulan itu pula sedang keluar. Aku ke pintu utama hospital dan beritahu seorang makcik guard hospital yang ayah aku sakit tenat. Makcik guard itupun mengiringi aku ke wad CCU. Di situ, aku diminta untuk memakai pakaian khas sebelum masuk. Apabila masuk...aku cuma nampak 2 orang pesakit dan 2 orang doktor perempuan. Aku bertanya...."Mana ayah saya...Junid bin Mohd Tahar?" 2 dorang doktor itu terpaku melihat aku. aku bertanya berkali-kali dan 2 orang doktor itu macam sedang tergamam dan tak tahu nak jawab apa. Kemudian, salah seorang doktor itu berkata..."Adik...ayah adik, Junid bin Mohd Tahar....dah meninggal dunia." Bila aku mendengar ayat terakhir itu....aku berlari ke luar dan makcik guard tadi menanti aku di luar. Bila aku katakan yang ayah aku dah meninggal....dia mengiringi aku ke bilik mayat. Setiba di bilik mayat...pegawai yang bertugas berkata....."Jenazah ayah adik dah di bawa ambulan kira-kira 20 minit yang lalu. Mereka menuju ke rumah adik." Terus terlintas gambaran di kepala aku tentang ambulan yang aku nampak ketika di pintu masuk hospital.
Aku berlari ke arah sekumpulan pemandu teksi di dalam kawasan hospital. Aku katakan yang aku cuma ada duit tak sampai RM20 dan aku perlu balik ke kampung....ayah aku telah meninggal dunia. Seorang pemandu teksi memandu aku pulang. Sepanjang perjalanan, aku asyik terbayang wajah ayah. Aku juga asyik teringat wajah guard yang bertugas di Pintu Utama UiTM. Aku tidak sempat berjumpa ayah dan aku rasa macam nak tumbuk muka guard UiTM tadi.
Setiba di pintu pagar rumah...kelihatan ramai orang berkumpul. Pemandu teksi itu tidak mahu menerima sebarang bayaran....katanya, dia kenal arwah ayah. Aku berlari dan semua orang memandang ke arah aku. Suasana sedih sangat jelas kelihatan. Aku menangis sepuas hati dan berkata..."Orang tak sempat...orang tak sempat" Ya...aku tak sempat berjumpa arwah. Lebih menyedihkan apabila kakak-kakakku berkata yang ayah selalu menyebut namaku. Aku kan anak bongsunya.
Ya...hari 18 Julai...adalah hari yang menyedihkan aku pada setiap tahun kerana aku asyik terkenang peristiwa itu. Sampai ke hari ini aku tidak dapat memaafkan Pak Guard UiTM yang aku ceritakan tadi. Jika dia benarkan aku keluar cepat...mungkin...aku sempat bertemu ayah. Jika pemandu teksi yang membawa aku dari Jengka ke Kuantan memandu dengan laju...mungkin juga aku sempat bertemu ayah. Aku terima ketentuan Ilahi. Mungkin itu...telah tertulis untuk aku.

Wednesday, July 22, 2009

Doa....

Saya sedang berhajatkan sesuatu....sesuatu yang insya Allah akan memajukan hidup saya. Saya mohon doa kawan-kawan....moga2 hajat saya termakbul dan dimurahkan rezeki. Amin.

Sunday, July 5, 2009

Ya...kawan-kawanku....aku dah tamat blaja.

Ada ramai kawan-kawan yang dok bertanya..."Hang dah habis blaja ke?" Ya...kawan-kawanku....aku dah habis blaja. Confirm! Kini aku sedang menanti masa untuk konvo sahaja.
Aku tidak menceritakan hal ini di blog ini kerana secara tidak rasminya pointer result aku yang sebenarnya masih belum confirm lagi. Actually gini.....aku ada buat re-checking bagi 1 subject kerana aku tidak berpuas hati dengan result tu. Aku rasa macam boleh dapat lebih tinggi lagi. Tetapi tengoklah...kalau ada rezeki....maka naiklah pointer aku. Kalau tak ada rezeki....turun sikit la pointer aku tu. Resultnya belum keluar.....maybe dalam 2 minggu lagi kot. Apapun....don't worry....aku tetap grad.
Ya....aku mengaku...aku banyak diam je lately ni.....bukan apa...sejak takde class ni....aktiviti malam aku bertukar. Kalau tak tengok tv....tv akan tengok aku. Aku selalu tidur awal. So, mana ada masa nak update blog. Hari cuti pun gitu....aku bukannya kerap keluar pun...cuma aku fully utilised waktu rehat aku tu ke tahap maksima. Bila kerja....aku kerja sungguh-sungguh sampai tak ingat lapar dan rehat. Jadi bila cuti hujung minggu....aku rehat sungguh-sungguh la.
Tengoklah...jika aku ada masa...aku update blog ni...ok.

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Dies...

Michael Jackson meninggal dunia hari ini akibat kegagalan jantung pada usia 50 tahun...........
Itulah berita yang aku dengar pagi ini. Agak memeranjatkan dan aku adalah salah seorang daripada peminatnya. Aku bukanlah tahap minat giler...kat dia cuma aku minat lagu-lagu dia dan suka tengok tarian breakdance dia tu. Antara lagu yang aku suka....Beat It....Billy Jean...Thriller...Black or White....You Are Not Alone....dan banyak lagi.
Tidak aku nafikan....lagu dan tarian MJ memberikan impak kepada kehidupan di zaman kanak-kanak aku dulu. Dulu....ramai yang nak menari macam MJ.
Apapun...aku tertanya-tanya....dalam surat khabar beberapa tahun yang lalu...ada cakap yang dia dah masuk Islam. Aku tak tahu betul ke tak. Aku tertanya-tanya....macam mana la gamaknya dia akan dikebumikan nanti.

Friday, June 5, 2009

The Biggest Looser

Emm...lately aku suka tengok rancangan The Biggest Looser yang ditayangkan di Hallmark channel. The Biggest Looser adalah satu rancangan reality menguruskan badan dengan cara exercise dan pemakanan yang betul. Semua peserta diletakkan di sebuah ladang dan mereka perlu melakukan exercise dengan bantuan professional trainer seperti Bob Harper dan Jillian Michaels. Setiap minggu berat mereka akan ditimbang dan siapa yang berada below the yellow line akan berdepan dengan risiko untuk disingkirkan. Penyingkiran adalah berdasarkan vote daripada setiap kumpulan/peserta.
Rancangan ni betul-betul memberikan semangat kepada aku untuk menguruskan badan. Emm...aku percaya...aku akan kembali kurus macam masa study dulu. Selama 1-5 tahun pertama aku bekerja...aku memang giler keje sampai makan tidak menentu....dan tidak menjaga kesihatan. Sekarang....dah masuk tahun ke 7 dan aku dah kembali insaf (setelah asyik kena bebel dengan housemate dan kakak-kakak aku). Ya...aku akan cuba walaupun kadang-kadang macam malas nak exercise.
Dulu...aku memang berada dalam kategori kurus. Masa Form 5....berat aku tak lebih dari 45kg. Mungkin kerana aku kuat bersukan. Aku budak olahraga dan hoki....so, no wonder aku maintain je masa tu. Masa kat kolej...paling berat pun...47kg. Tapi aku masih kuat bersukan. Aku masih main hoki.....main netball.....wakil kolej. Masa keje tahun 1997-1998....berat jatuh bawah 45kg. Haa....masa ni...selain keje, aku juga sibuk joint acara-acara sukan yang ada. Aku paling active netball. Selain tu aku juga main badminton, volleyball dan squash. Bila masuk UiTM...berat aku meningkat jadi 50kg. Yang ni...aku tak paham sikit kenapa berat badan aku naik kerana aku masih main hoki (wakil UiTM Jengka) hampir setiap petang. Aku juga main netball dan volleyball jika ada internal tournament.
Bila bekerja start September 2002......aku dilanda sindrom workaholic. Aku lebih mementingkan kerja daripada makan menyebabkan pemakanan aku tidak teratur dan aku makan ketika lapar sangat dan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Masa tu aku perasan dengan sikap aku tetapi.....aku terpaksa kerana keje memang banyak giler. Dan...waktu tu...aku kerja 7 hari seminggu dari pagi sampai malam. Maka terhasillah diri aku sekarang. Berat aku cukup untuk buat semua kawan-kawan masa di UiTM terpaku dan kawan-kawan sekolah memandang aku berkali-kali sebab tak percaya.
Takpelah....aku akan kurus balik. Agak susah....tapi aku perlu lakukan demi untuk menjaga kesihatan dan bukannya pandangan orang pada diri aku. So...geng...watch out! I'll be back!

Monday, May 25, 2009

Cerita hari ini.....

Pagi ini, pejabatku kecoh. Pompuan yang kami anti giler telah ditukarkan secara sementara ke division kami. Kalau ikut sejarah....dia ada masalah dengan ramai orang termasuk kami! Dan yang jadi masalahnya....pangkat dia ni lebih tinggi dari kami. Awal-awal lagi semua orang menyuarakan rasa tidak puas hati pada Big Boss.....dan Big Boss pun ternyata tidak suka dia ni masuk ke divison kami tetapi dia terpaksa menerima pompuan ni kerana diarahkan oleh Bigger Boss. Bigger Boss paham....ramai tak suka pompuan ni....tetapi demi menepati expectation Biggest Boss....pompuan ni perlu dimasukkan ke division kami. Yelah...bak kata Big Boss...pompuan ni pandai buat kerja tapi budi bahasa takde.
Aku kesian juga pada Big Boss. Dia terpaksa memanggil kami dan menerangkan keadaan sebenar demi memelihara suasana kerja di tempat kami. Dia juga tak suka tetapi kita kena professional dalam menjalankan tugas. Bagi aku...aku boleh jadi professional. Aku sentiasa mengasingkan urusan peribadi dengan urusan di pejabat TETAPI dengan pompuan ni memang agak payah nak bersifat rasional sebab dia ni tak professional tahap gaban! Walau bagaimanapun, aku telah memberikan jaminan kepada Big Boss bahawa aku akan memberikan kerjasama macam biasa...cuma jika dia ni melampaui batas kesabaran aku sebagai seorang manusia...aku minta maaf, aku takkan bersabar dan aku akan jadi diri aku yang sebenarnya. Terperanjat Big Boss...dia tak sangka aku ni ganas jugak. Ye..aku ni low profile je...tapi aku boleh bertukar menjadi incredible hulk pada bila-bila masa....tanpa sesiapa menduga. He...he..he...! Tak percaya?.....Kalau sesiapa tak percaya....try la.
Big Boss bagi jaminan yang pompuan ni tidak akan involve dengan kami....dia akan buat tugas-tugas khas sahaja. Emm...tunggu dan lihat.
Aku nak kabo (beritahu) korang satu perkara. Hidup kita ni ada pasang dan surutnya. Kalau kita rasa hidup kita ni hebat sangat sampai tahap gaban (tahap terlampau hebat) dan kita memandang orang lain macam sampah......percayalah kita tidak hebat sebenarnya. Sesungguhnya, orang yang kita hina tu sebenarnya lebih mulia daripada kita. Sesungguhnya, harta, pangkat dan darjat yang dikurniakan oleh tuhan, boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Monday, May 11, 2009

Masa kecil dulu....

Masa kita kecil dulu......kita tak ada sebarang computer games. Computer pun kita kenal rupa parasnya macam mana. Dulu....budak kampung macam aku....akan redah segala semak samun dan akan jadikan segala yang ada di depan mata sebagai alat permainan.
Aku ingat lagi dulu, pantang ada acara sukan yang ditayangkan di dalam tv.............aku, kakak aku (Ina) dan 2 orang abang aku (Ha dan Uda) serta beberapa orang sepupu akan bermain acara sukan yang ditunjukkan di tv. Contoh, kalau ada sukan olimpik....kami akan main acara lumba lari, lontar lembing (guna kayu), lompat jauh (kat pasir umah sape2 yang tengah ada renovation) dan lontar peluru (guna batu). Kalau waktu tu ada acara Badminton (terutamanya Thomas Cup), kami akan main lawan badminton. Bola sepak jangan cakap la....aku dah kakak selalu joint budak-budak lelaki tu. Sebab tu la....kalau suruh kami main futsal di zaman sekarang ni.....kami tidak ada masalah langsung. Kalau ada acara hoki...sah! Kami akan main hoki. Sebab tu sejak sekolah....aku memang giler kat hoki. Begitu juga dengan tennis dan ping pong.
Oleh kerana kami ni budak kampung, so cara main pun ala-ala kampung la. Kami tak cukup peralatan, so untuk main hoki, Uda dan Ha serta sepupu-sepupu yang lain akan meredah semak samun untuk mencari batang pokok...emmm... kalau tak silap aku pokok senduduk. Batang kayu yang dah diubahsuai sedikit dan dijadikan kayu hoki. Kalau ada papan dan takdak sape yang perasan....(kalau Abah aku tak perasan la...), kami akan gunakan papan tu untuk dijadikan kayu hoki. Bolanya.....kami gunakan bola tennis dan kami akan bermain di atas badminton court kat kampung. Aku ingat lagi, aku selalu kena jadi forward, kalau aku tak score...abang-abang aku akan ketuk kepala aku. Mungkin sebab tu la....bila dapat bola hoki depan gol...aku mesti score.
Kami main tennis guna papan yang dah dibentuk sebijik macam rupa paras raket tennis. Badminton...kami guna raket badminton la. Begitu juga dengan ping pong.....kami akan bentukkan papan menjadi bad ping pong. Kami takde table pingpong tu...so, kami akan gunakan sekeping plywood dan lukiskan garisannya menggunakan kapur papan hitam sekolah.
Selain daripada acara-acara sukan tu.....aku dan geng2 aku macam budak-budak yang lain akan main pondok-pondok, main masak-masak......dan sebagainya. Kami ada pondok sendiri yang dibina menggunakan papan dan kayu serta zink yang terbiar. Kira creative la kami di zaman tu. Kalau ada rangka basikal.....kami akan buat macam motor (main-main macam naik Harley Davidson). Zaman aku dulu glamer basikal coper. So...rangka basikal tu sesuai la nak buat berangan naik Harley.
Bila main masak-masak..........kami akan gunakan api betul (kalau abah dan mak tak perasan la...). Syok...kami akan masak macam-macam daun dalam tin susu dan tin milo. Pantang ada tin kosong...kami akan kumpul buat main pondok.
Oleh kerana aku lebih terdedah dengan kaum Adam...so aku juga melibatkan diri dengan main Combat! Dulu2....ada cerita perang kat tv tajuk Combat (Ala...yang tentera Amerika lawan Jerman tu...). Kami akan membahagikan diri kami kepada beberapa group....dan perang pun bermula. Senjatanya, kami gunakan papan untuk buat rangka senapang atau pistol......dan pelurunya adalah buah terung pipit. Melotas laa....peha2 kami ditembak musuh. Kawasan umah aku dulu memang selalu dijadikan modus operandi. Bila dikenang-kenang...seronok..oooo.
Selain daripada senjata tadi tu...kami juga ada gunakan batang betik untuk meyumpit dan pelurunya adalah kacang hijau.
Selain daripada combat, kami juga main rounders, lontar tin dan lontar selipar. Main rounders, pukul guna kayu yang Uda dan Ha ubahsuai dan bola guna bola tennis. Banyak jasanya bola tennis tu kat kami masa dulu. Lontar selipar adalah yang paling mencabar.....tahap larian, lompatan dan skill mengelak yang ada. Siapa yang pernah main...sure ingat macam mana kan?
Ingat tak tengteng, lompat getah, batu seremban, main tudung botol (kami panggil tudung oren) dan congkak? Biasanya itu games orang pompuan. Dulu aku selalu main dengan Ina sebab dia paksa aku main dengan dia bile geng dia takde. Tak patut kan...
Aku dan semua adik-beradik aku suka main daun terup. Kami selalu main ramai2. Bukannya nak berjudi...kami main-main biasa je. Kami suka main Empat Ratus, Joker, Jerami (Joker dan Jerami...lebih kurang je) dan juga blackjack (main 21). Dalam banyak-banyak tu...aku prefer Empat Ratus sebab mencabar minda sikit. Tak dapat aku terangkan kat sini macam mana nak main....tapi yang pasti....memang syok! Aku tak suka sangat main blackjack sebab abang-abang aku suka tambah 1 peraturan dalam game tu....iaitu sape kalah...kena jentik jari. Sakit ooo...aku selalu kalah dan kalau aku menang pun...sedikit pun depa tak rasa gerun. Aku kan kecik lagi...jari pun halus lagi...kalau jentik depa buat sakit jari aku je.
Banyak games aku main dulu. Tak macam budak-budak zaman sekarang...sikit2 nak main GBA laa....PSP la...ntah la depa ni. Bila tengok depa main zaman sekarang ni.....tak adventure macam kita zaman kanak-kanak dulu. Mungkin itu sebabnya...kita lebih lasak....payah kena buli dan sebagainya.
Seronok kan ingat kisah2 lama....masa kecik2 dulu. Di sini aku nak ucapkan selamat harijadi pada Abang Uda pada 7 Mei hari tu...hari yang sama bagi kawan lama aku...Liza. Liza lahir 7 Mei tapi dia didaftarkan pada 11 Mei....so officially, hari ni adalah harijadi dia. Happy birthday....Liza. Semoga awak happy selalu bersama hubby dan anak-anak awak yang comel tu.

Saturday, May 9, 2009

Merdekaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

Semalam saya menduduki peperiksaan terakhir bagi pengajian saya selama 4 tahun di UiTM. Walaupun soalan paper audit semalam....tidak diduga lansung akan keluar, saya dan kawan-kawan tetap gembira sebab kami sudah merdeka. Ada yang kelihatan pening, ada yang sedih berpisah dengan kawan-kawan, ada yang nak balik opis...kerja....dan ada yang bergegas nak balik tidur (aku le tu...).

AKU DAN NIK YANG KELETIHAN OTAK SELEPAS JAWAB SOALAN EXAM

CUBA CERIAKAN DIRI SENDIRI WALAUPUN PENAT

MERAHNYA ZAIDAH

SEMUA ORANG SEDANG SABAR MENUNGGU KERTAS JAWAPAN DIKUTIP

NIK BAGI POSE MANJA

AMIRUL DAN SHIRIN

SHIRIN DAN ZAIDAH SERONOK EXAM DAH HABIS


Pesanan Penaja :
"Kepada kawan-kawan yang aku tak sempat nak bersalam semalam...minta maaf kalau aku ada buat silap, terima kasih banyak-banyak atas sokongan yang korang bagi kat aku. Terima kasih juga atas pertolongan korang dari segi nota, team work masa group assignments, cover aku masa aku ponteng class, cover aku masa presentation, bagi aku nasi lemak, kongsi mee segera dengan aku dan beberapa perkara illegal yang takleh aku kabo kat sini (hanya kite-kite sahaja yang tahu). Semoga kite berjumpa lagi. Harap-harap kite grad semester ni dan dapat konvo sama-sama pada bulan September nanti."

"Kepada semua lecturer dan semua kawan-kawan terutamanya pada Zaidah, Shirin, Siti Mursyidah, Amirul, Hazami, Aida, Nik Adlin, Agent, Rihaida....terima kasih."

"Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada penyokong-penyokong disebalik tabir seperti family dan housemate yang bersusah payah memberikan dorongan dan hadiah. Jasa dan budi baik korang, orang hargai. Terima kasih kerana bersabar dengan karenah orang dan memahami kesusahan orang sepanjang tempoh 4 tahun ini. Lepas ni, kite akan ada lebih masa untuk bershopping, orang akan lebih kerap balik kampung, kite juga akan selalu pi bercuti dan yang pentingnya.....orang akan selalu ada masa untuk korang semua."

"Kepada diri sendiri...walaupun masih awal untuk diucapkan sebab result tak keluar lagi....tapi tahniah sebab berjaya menempuh segala cubaan, dugaan dan halangan untuk menghabiskan study ko ni. Hopefully, you will pass with flying colours." Amin.

Tuesday, April 28, 2009

Call/SMS Palsu dan Call/SMS Gangguan

Hari ini saya mendapat satu panggilan daripada nombor 01300808888. Suara wanita berbangsa Cina berkata di dalam Bahasa Inggeris bahawa saya mempunyai hutang credit card Ambank sebanyak RM 4,800++. Suara itu adalah suara rakaman, jadi saya dibenarkan untuk mengulang pesanan itu sebanyak 3 kali. Saya tidak dapat menangkap keseluruhan kata-katanya kerana saya sangat terkejut kerana saya tiada memiliki credit card Ambank. Saya cuba menghubungi nombor itu kembali tetapi tidak dapat dihubungi.
Oleh itu, saya menghubungi Ambank yang kebetulan nombornya adalah 1300808888 (Takde 0 dihadapan). Saya bercakap dengan Customer Service Officer dan menerangkan apa yang berlaku. Dia check nombor I/C saya dan katanya saya memang tiada kad credit Ambank. Dia menasihatkan saya agar tidak mendedahkan apa-apa maklumat perbankan saya jika panggilan itu meminta saya berbuat demikian. Dia juga menasihatkan saya untuk membuat police report. Emmm...polis....? Emm...report.....? Emmm..lemahnya nak pi! Saya akan fikirkan.
Apa tujuan panggilan itu sebenarnya? Saya hairan betul la. kenapa la nombor saya ini selalu menjadi mangsa panggilan/sms palsu dan juga lucah. Walaupun saya mempunyai 1 lagi alternative number tetapi saya tidak mahu menukar nombor telefon yang ini kerana susah kalau kawan-kawan lama nak berhubung dengan saya.
Saya rasa kebocoran maklumat peribadi ini kepada pihak-pihak tertentu daripada pihak tertentu ini....sudah melampau!
Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak tetapi saya ingin memberikan beberapa contoh kejadian yang dialami sendiri oleh saya. Pada tahun 1998 dulu...saya ada membuat permohonan memasuki sebuah universiti melalui borang. Beberapa bulan kemudian saya menerima satu tawaran daripada sebuah kolej swasta di Langkawi. Siapa bagi maklumat saya kepada kolej tersebut?
Pada tahun 2000, saya ada membuka akaun di sebuah bank di Jengka, Pahang. Bank telah tersilap eja nama saya....instead of...XXMAIXXX....menjadi XXMIXXX. Saya tidak perasan kerana di buku bank...nama saya tertera dengan betul, hanya di sistem bank...nama saya disalah eja. Masalah ini berlanjutan sehingga sekarang walaupun telah 4 kali saya mengisi borang untuk membetulkan kembali ejaan nama saya di beberapa cawangan bank tersebut termasuklah cawangan Jengka, Pahang. Namun.....gara-gara kesilapan itulah maka saya tahu maklumat peribadi saya telah dibocorkan oleh bank tersebut.
Ceritanya begini....saya sering dihubungi oleh beberapa hotel.....agensi pelancongan....syarikat-syarikat yang menawarkan produk-produk keluaran mereka termasuklah insurance company. Mereka berhubung dengan saya dengan panggilan PN XXMIXXX. Nampak tak.....? Sah-sah bank tu yang punya angkara!
Kadang-kadang saya naik meradang dan bertanya "Mana awak dapat maklumat saya ni?" Pernah satu syarikat tu kata....dari tempat kolam memancing di Seksyen 14 di Shah Alam! Apa ke jadahnya saya pergi ke kolam memancing tu? Lagipun ada ke kolam tu? Lepas saya marah-marah....dia letak telefon.
Saya masih belum kemukakan sebarang aduan kepada bank tersebut. Tetapi satu hari nanti, saya akan laporkan juga kepada pihak yang berwajib. Mana boleh maklumat kita didedahkan begitu. Kita ada hak kita sendiri.
Dalam tahun 2006, saya juga pernah menerima sms daripada nombor dari Indonesia....yang mengatakan saya menang RM 20,000 daripada Petronas. Saya cuba menghubungi nombor tersebut kembali. Saje nak tahu apa kata mereka. Bila ditanya di mana office, katanya di KLCC. Saya minta alamat penuh....sebab saya kata saya nak datang. Yang jawab tu mula menggelabah. Yang kelakarnya...dia cuba nak cover slanga dia bercakap. Susah beb...nak hilang. Ko punya slang Indo tu pekat....! Yang sakit hati tu dia cakap kat saya....."Datang la...tapi pake skirt atas lutut tanpa sepatu." Aku jerit "Bodoh!" dan dia letak telefon.
Kemudian, aku meghubungi Petronas. Mereka kata sudah ramai yang membuat aduan. Petronas kata lain kali jangan call balik....sebab mereka seakan dapat untung (duit) jika kita call number tersebut. Emm...ada jugak orang yang macam tu.
Call/SMS Lucah pun satu hal. Saya menyimpan semua nombor telefon orang giler ni di phone book. Kita perlu simpan so that jika kita dihubungi, kita tahu mereka yang telefon/sms...dan kita tak perlulah jawab. Jika ikut rekod saya, terdapat 7 nombor orang gila yang saya simpan. Saya tidak pernah melayan sms mereka. Jika saya terjawab telefon waktu tengah mamai tidur...segera saya akan matikan telefon. Pernah sekali tu salah seorang daripada mereka ni kata....dia tunggu saya kat tempat parking kereta kat office. Dahlah...saya selalu balik lewat malam....memang suasana tu menakutkan saya.
Tapi persoalannya. Sape yang pi bagi nombor telefon kita tu? Jika dia main tembak secara rambang je....ada logiknya tetapi pernah sekali tu....housemate saya pun diganggu oleh nombor yang sama! Waktu gangguannya pun lebih kurang sama dan mesej pun hampir sama! Emmm....sape la kawan aku yang giler seks ni?!
Saya tau sekarang ni kerajaan sedang merancang satu akta melindungi maklumat peribadi ini. Saya ada terdengar berita itu pada akhir tahun lepas atau awal tahun ini. Saya harap tindakan tegas dikenakan kepada mereka yang terlibat.
Saya tak faham....apa masalah orang-orang ni semua....baik yang cuba mengaut keuntungan secara mencuri maklumat peribadi mahupun mengganggu hidup orang lain dengan panggilan/ sms yang ntah apa-apa ntah.
Sebagai pengguna dan orang awam...kita berhak mempertahankan hak kita. Jangan biarkan mereka-mereka ni memperkotak-katikkan diri kita. Kepada kawan-kawan....sebelum memberikan nombor telefon kawan-kawan kita kepada sesiapa....mintalah kebenaran mereka terlebih dahulu melainkan atas urusan kecemasan.

Final Exam...

Saya menyepikan diri dalam tempoh hampir sebulan ini kerana terlalu sibuk dengan test bagi subject yang saya ambil pada semester ini. Dan sejak seminggu lalu...saya sibuk study untuk final exam! Petang kelmarin saya ada paper Managerial Economics....dan pagi semalam saya bergelut dengan paper Accounting Information System. Memang meletihkan sebab takde gap di antara kedua paper tersebut.
Hari ini sepatutnya saya mula bekerja tetapi apa boleh buat...tiba-tiba kaki saya terseliuh di pergelangan kaki kiri. Susah sikit nak berjalan. So....saya cuti.
Next week, saya akan bercuti kembali untuk study paper terakhir iaitu Audit. Paper tersebut dijadualkan pada pagi 8 Mei 2009.
Saya mengambil cuti yang agak panjang sebab ini adalah final exam. Saya berdoa semoga saya dan kawan-kawan akan grad pada semester ini. Amin.

Sunday, April 5, 2009

Hadiah Birthday.....

Di sini saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada Kak Yati, Kak Aya dan Encik Zul sebab bagi saya hadiah birthday. Saya terima hadiah tu....selepas jamuan meraikan Kak Don.

Saturday, April 4, 2009

Kak Don....

Malam ini saya dan kawan-kawan di pejabat lama meraikan seorang kawan kami yang akan bersara pada 6 April 2009.

Jamuan diadakan di Chop N Steak di Kampung Baru. Walaupun ramai yang tak dapat datang, tapi suasana meriah tu tetap ada. Sedih jugak bila ada yang tak dapat datang. Yelah...bukan senang nak jumpa. Ada yang kematian keluarga. Ada yang berpindah jauh. Ada yang pindah rumah baru.....dan ada yang balik kampung ibu mertua. Yelah....hati ibu mertua perlu dijaga....kan? Dapat pulak ibu mertua yang baik hati...beli kek harijadi sampai 2....buat BBQ lagi, untuk sambut birthday menantu....emm....anak menantu mana yang sanggup hampakan ibu mertua yang sebaik itu.

Baiklah......kita kembali kepada kawan kami yang diraikan tu. Namanya Don Binti Ladzim. Kak Don yang saya kenali seorang yang teliti dengan kerjanya. Sape kata orang kerja gomen lembap? Sape kata orang kerja gomen yang dah nak pencen sangat lembap? Kak Don adalah contoh pekerja yang teliti dan bagus dalam melaksanakan tugasnya. Orang-orang muda pun ada yang tidak sebagus dia.

Saya mengenali beliau sejak 23 September 2002. Dia dalah salah seorang daripada staff saya di sebuah kementerian. Saya menghormati sikapnya dan cara kerjanya. Orangnya bersikap sederhana, baik hati, payah memburukkan orang lain dan pandai buat kuih tepung gomak (he...he...he...!). Dan saya selalu memuji sikapnya yang sanggup menegur saya (walaupun saya ni boss dia) demi tugas yang kami laksanakan (di setiap sessi beritahu markah penilaian prestasi). Saya sukakan orang yang berani memberikan pandangan dan teguran tanpa mengikut arahan dengan membuta tuli semata-mata. Seorang ketua juga perlu ditegur.....kerana dia juga manusia biasa.

Malam ni saya tengok Kak Don makin kurus.....berbanding dulu. Emm...bila la....gamaknya saya ni.....nak kurus balik? Takpe....saya akan jadikan Kak Don contoh. (Harap-harap.....jangan la pulak...bila dah nak pencen, baru nak kurus! Masalah tu! Lagi 24 tahun....tu).
Kepada Kak Don yang disayangi....ini doa saya.

Ya Allah Ya Tuhanku....aku mohon kepadaMu........
Kau lindungilah sahabatku Don Binti Ladzim dan keluarganya.

Kau limpahkanlah rezekiMu kepada mereka.
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik, kebahagiaan yang kekal abadi,
kemuliaan di dunia dan di akhirat; serta

Kau permudahkanlah segala urusan mereka,
teguhkan iman mereka, jauhilah mereka dari segala kejahatan dan hasad dengki.

Ya Allah Ya Tuhanku......aku mohon kepadaMu,
Kau rahmatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.
Amin....


Walaupun visual agak kureng memberansangkan.....ini adalah gambar-gambar sewaktu jamuan berlansung. Kamera kami ada masalah sikit malam ni. So....ini sahaja yang dapat dirakamkan dengan baik.


Gambar Syami yang makin handsome dan gambar sebelah kanan adalah Kak Yati, Kak Ya dan Mama Ros.

-Gambar Kak Ha, suami dan.....la....Syami lagi....patut la dia suka kat Ani-
(Ani adalah fotographer yang bertugas pada malam ini)

La....3 gambo je? Buat gelak dek Diana je nanti. Diana mesti ada banyak gambar yang Mak Mertua dia ambik masa meraikan harijadinya. Apa boleh buat....gambo lain semua blur. Asal ambik gambo je blur....ambik je blur. Heran gak. Ish! Misteri nusantara betul! Tak penah lagi jadi gitu. Yang pastinya camera tu ada anti shacking function. Misteri...misteri. Gambar Kak Don yang diraikan pun............takde kat sini. Guna video je...sebab camera kami bermasalah. Harap2...Kak Yati dapat menyumbangkan sedikit gambo dari cameranya nanti untuk dimuatnaik di blog saya ini nanti.

Video tu pun...gagal dimuatnaik ke blog ini walaupun dah cuba beberapa kali. Emm....jangan biarkan diri anda.....diselubungi....misteri...

Apapun....saya uploadkan gambar-gambar Kak Don untuk tatapan semua kawan-kawan....(ish! kawan ke?)


K. Zaidah & K. Don, dulu depa selalu berdua. Sebelah tu adalah Rin, saya, K. Zaidah & K. Don di Majlis Jamuan Pertukaran saya, Hajar, Zam, Diana & Pak Ya.


Masa birthday depa yang lahir bulan April. Start dari kiri anda adalah Rin poyo, K. Ha, Za ceria, K. Yati, K. Don & Ijan (maintain lawa). Gambar kanan pula adalah saya dan K. Don.


Bithrhday Girls......dan gambar sebelah kanan tu adalah Mama Ros, Rin, Za, K. Ha (pandang ape tu?), K. Yati (berjaya menyelit), K. Don, Edieana dan Ijan (hang maintain lawa la Jan...)


Masa makan ntah bila. Kami ni banyak makan, sampai tak ingat bila. Ada Za, K. Yati, saya, Mama Ros, Nana, Azif (Aik....Azif dok sebelah Nana?....scandal lama), Sape sebelah kiri Azif?, K. Zaidah, K. Don, K. Ha dan si comel...Akilah. Gambar kanan tu...Kak Don...hai....K. Don....dah makan ubat?


Gambar K. Zaidah, K. Don dan Edie masa kami berjamu kat pizza hut (masa tu tak boikot lagi).


K. Don & Nana sedang memunggah makanan ke pinggan orang lain agar tak nampak mcm depa yang makan banyak. Taktik Lama. Yang sebelah tu birthday girls.


Wajah-wajah mereka sebelum makan. Saya tak sanggup nak paparkan wajah mereka selepas makan. Yang sebelah tu...Kak Don dan mee kari udangnya.


K. Yati, Nana, Mama Ros, K. Don & Azif. Gambar sebelah tu pulak, masa ni kat rumah Edie. Sori Rin...tunjukkan gambaq togel hang...!


Ni masa jamuan umah Ijan dan gambar sebelah tu....Rin yang ceria tumpang bergambar kek harijadi orang lain. K. Don maintain, Edie, K. Yati dan K. Zaidah.
Semoga gambar-gambar ini.....akan mengingatkan kita bahawa kita semua adalah....kawan.

Saturday, March 28, 2009

Happy Belated Birthday!

Alhamdulillah....akhirnya hari ini saya mampu menulis semula di dalam blog ini. Saya menghadapi masalah internet connection sejak 2,3 minggu ini. Masalahnya....maybe wiring telephone yang dah lama sebab apabila saya usik-usik wayar tu.....tetibe je jadi OK.

Saya agak terkilan tidak dapat menulis pada tarikh harijadi saya, 25 hb yang lalu. Tapi apa boleh buat kan....

Di sini saya ingin memaparkan ucapan sms daripada kawan-kawan sebagai tanda penghargaan kepada ucapan-ucapan mereka.

Zaidah adalah orang yang pertama menghantar sms...."Hepi besday. Wish u all d best in carrer n ur life. Friend forever."

Kemudian diikuti dengan sms daripada Kak Zaidah, "Salam...Selamat menyambut Hari Lahir. Semoga pjg umur murah rezeki dan dicepatkn jodoh...Amin...SELAMAT MENUAI." Emm... apa selamat menuai tu kak? Apapun....TQ so much.

Kak Don pun tak lupakan saya....katanya,"Assalamualaikum. Semoga dimurahkan rezeki, cepat bertemu jodoh dll. SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DPD Kak Don & Abg Sabran."

Nadia....salah seorang Charlie's Angel....masa kat MOH sms dan katanya "Salam, hepi besday to you, may Allah bless u always..." May Allah bless you too...Nadia.

Ibu baru....Azrin sms " ./TT__['''''''''''''''''''''''''''']
'-'O'-'O-------'OO'--' Pooonn!! Pooonn!! Tepi...!! Kenderaan berat nak lalu. Nak hantar kontena ucapan khas, SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA PJG UMUR N DI MURAH REZEKI."

Boss masa kije BPAD.....Cik Bani...sms, "Kak Jumir....epi besday! Kali ni mesti betul..hehe. Semoga usia yg tlh lepas dan akan dtg dipenuhi dgn keberkatan dr NYA." Saya masih ingat bagaimana dia dan kawan saya Rozita telah tersalah tarikh harijadi saya. Depa pi wish sebulan lebih awal.

Haa.. ni dari Edieana....ex-staff saya yang termatang di seantero dunia. Katanya, "Happy Bday to x-bossku yg cantik, garang dan bgaya...he,he. Sowi xde buat kejutan apa2. 4 April ok x? Ramai yg stuju tarikh 2 kite wat mkn2 kat rmh br k.asno k x?" Emmm....rumah baru Kak Asnor?....Ish! saya OK je. Bab makan.....sure OK punya.

Sms dari Rozita..."Napa tepon ko asyk engage je dr pg td?" Selepas saya return back callnya...dia pun nyanyi...."Happy birthday to you" pada saya. Saya dah agak dah...dia mesti nyanyi punya sebab sebulan yang lalu dia dah tersilap nyanyi. Ternyanyi sebulan lebih awal. Anyway, I really appreciate it.

Noriza....dia punya birthday sehari sebelum tarikh birthday saya. Dia sms, "Salam. Hepi besday. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dari Noriza, Shaari & Nur Sabiha Aina." Za, happy birthday to you too.
Kak Asnor pulak...hantar MMS.....cute.

video


Zunainah..."Happy birthday....aku terlupa lak..." Iye la tu Zu....ko hanya teringat kat aku pukul 12.30....time nak makan. Tapi aku faham, ko sibuk.

Ms Ng...boss aku sms " enjoy ur birthday"

En Zaidi...salah seorang boss kat office sekarang, sms "happy birthday"

Zura sms "U R special to everyone who know u better. Friendship 4ever and Hepi Bday 2 U." Thank you....for always be there for me....I really appreciate our friendship and all your supports.

En. Zul...boss lama...."Slmt hari kejadian yang ke3?-semoga pjng umur murah rezeki." Emmm...betul la tu....harijadi yang ke 3 tahun selepas ditolak cuti2 sekolah, cuti umum, cuti semester, cuti Sabtu dan Ahad....dan cuti2 yang ada di beberapa buah negara, maka jadilah 3 tahun.

Terima kasih juga kepada mereka yang verbally wish saya....pada hari itu....seperti housemate saya Annie...staff di office....Big Boss Mr Jana dan family saya.

Every year Annie dan kawan-kawan yang lain akan beli kek dan bagi hadiah...tapi tahun ni saya personally minta saya tidak mahukan sebarang hadiah...cukuplah jika mereka ingat tarikh harijadi saya. Antara sebabnya....saya tidak mahu mereka membazir dan kita perlu berjimat cermat di waktu-waktu sekarang. Belilah barangan yang perlu sahaja.

Kepada semua yang mengingati harijadi saya....terima kasih. Kepada yang terlupa tu....takpe..saya tak kecik hati sebab...kadang2 saya pun terlupa harijadi korang. Tetapi kalau korang nak bagi saya ingat.....buat la macam Azrin dan Edieana. Mereka suka inform saya sebulan lebih awal. Tetapi yang malangnya.....kadang2 saya terlupa jugak walaupun dah tandakan tarikh tu di kalendar. Biasa la kan... to err is human.

Wednesday, March 11, 2009

Azrin Junior


Ini adalah Azrin Junior. Baby kepada Azrin...ex-staff saya di sebuah Kementerian. Azrin masih belum memberikan nama kepada babynya ini. So, saya panggil baby ini sebagai Rin Junior.

Azrin.....bukan setakat staff...tetapi dia juga adalah seorang sahabat saya yang baik.....(nak kena puji ke kat dalam blog ni?)....emm....OK la....puji la sikit...dia memang baik hati, caring, lurus dan seorang yang memahami.

Masih saya ingat waktu dia mula-mula ditugaskan di unit saya........

Mula-mula melihatnya.....ntah kenapa saya berasa kesian padanya. Yelah...datang dari jauh...kerja kat Putrajaya, first time berjauhan dengan family dan first time kerja office pulak tu.

Beberapa hari pertama.....saya tidak dapat menumpukan perhatian kepadanya kerana saya sentiasa sibuk. Tetapi saya akan perasan setiap kali dia tersengguk-sengguk di mejanya. Maklumlah ketika itu tak banyak tugas yang mampu saya arahkan kerana dia masih terlalu baru bertugas dan unit kami sedang mengejar masa untuk menyiapkan kerja kami.

Setiap kali melihatnya, saya terfikir..."mampu ke budak ni catch up dengan cepat tugas di unit ni? Lurus semacam je.....habis la...dia. Mampu ke dia tahan dengan kegarangan aku ni? Aku bukan suka-suka garang tetapi mesti tegas agar tugas siap on time. " Maklumlah...tugas unit ini memang sentiasa berlumba dengan masa.

Bila bulan berganti bulan....saya tengok dia ni boleh tahan jugak. Cepat faham dengan apa yang saya ajar.....walaupun akan sentiasa terlupa dengan beberapa perkara yang agak penting. Tapi....itu adalah perkara biasa sebab....staff saya yang lain pun sama je....sentiasa terlupa. (Emmm...kadang-kadang frust bila teringat "kealpaan mereka itu". Eadiana....Kak Zaidah....Kak Yati....Kak Don....Za....Ijan....Nana.....Kak Ros.....Kak Ha.....Azif....Kak Asnor....Kak Jehan.....Kak Zie.....Kak Shikin.....Kak Aya...mesti faham apa yang saya cakap ni...kan?)

Saya memang rapat dengan Rin (yang lain pun saya rapat jugak tapi....kali ini adalah kisah Rin...so...korang punya turn akan sampai jugak. Jangan kecik ati plak...!) Rin yang saya kenal....tak pernah tinggalkan handphonenya....walaupun ke tandas....takut tunang dia (sekarang dah jadi husband) telefon. Rin juga seorang yang sangat setia. Tak pernah saya jumpa seorang yang setia gile macam dia. Mungkin...orang gile pun tak setia macam dia. Tapi baguslah. Azrul bertuah dapat jadi suaminya. Saya pernah cakap pada Rin.....kalau ditakdirkan Azrul tak setia....saya sendiri akan pergi ke Penang untuk belasah si Azrul. So...Azrul....hang jaga Rin baik-baik aaa....kalau tak...tak pasai-pasai hang kena bantai dengan kawan Rin ni.

Rin yang saya kenal....seorang yang MATANG tahap gaban....sama matang dengan kawan rapatnya Eadiana. Di saat-saat kematangannya....dia akan gile bila melihat teddy bear....kartun....etc...sampaikan work stationnya penuh dengan mende alah tu. Emm...entahlah.

Beberapa hari lepas dia dah jadi IBU.....! Saya berbual dengannya siang tadi. Dari suaranya....dapat saya bayangkan tahap KEMATANGANnya tetap sama....macam dulu. Macam mana nak jadi IBU ni? Emm....pandai la...dia nanti. Bila melihat MMS gambar anaknya...Rin Junior....saya seolah-olah terbayangkan dirinya yang naif seperti mula-mula saya melihatnya dulu.

Rin....jaga Rin Junior dengan baik. Saya tahu dia akan jadi seorang ibu yang baik. Doa saya....Rin Junior akan menjadi sebaik ibunya.

Saya minta maaf sebab terlupa harijadi Rin pada bulan Disember yang lalu. Dan pastinya saya akan sentiasa ingat tarikh harijadi Rin Junior sebab kami dilahirkan di dalam bulan yang sama.

Saturday, March 7, 2009

Kisah Budak Pra-Sekolah

Seorang cucu saudara saya...Amir kini berusia 5 tahun dan mula belajar di class pra-sekolah di sebuah sekolah di kampung. Amir ini bijak dan petah bercakap. Bila ditanya tentang kawan-kawan di dalam classnya. Terbit beberapa nama termasuk Zurita. Kakak saya kata dia suka berkawan dengan Zurita. Dan ramai kawan-kawan lelakinya pun suka berkawan dengan Zurita sebab kulitnya putih. Emm....dengan kata lainnya....Zurita ini diminati oleh ramai budak-budak pra-sekolah di class tersebut termasuk Amir.
Zaman sekarang....umur 5 tahun dah ada perasaan minat-meminati walaupun mereka masih belum faham apakah maknanya. Kadang-kadang teringat telatah Sim Chan (siri cartoon setiap Sabtu, jam 7 malam di NTV 7).
Selain cerita Zurita, saya dikejutkan dengan berita.....cucu saudara saya ini telah di PAU oleh seorang rakan sekelasnya! Sudah 2 kali budak tu minta duit dengan Amir. Saya mengingatkan Amir agar tidak menyerahkan duitnya pada budak itu dan segera beritahu kami sekiranya budak itu meminta duit lagi.
Saya pasti cucu saudara saya ini tidak mengada-adakan cerita kerana sejurus sahaja keluar daripada class, Kide (abang saya) akan menjemputnya untuk pulang. Jadi dia seharusnya tiada peluang untuk berbelanja di kantin. Tidak mungkin juga duit itu hilang kerana Amir jenis yang tidak pandai berbohong....(setakat ini la...). Bila ditanya pada Amir siapa nama budak tu....dia jawab, "Mukhris." Bila ditanya siapa ibunya, dia jawab "Dia panggil ibu dia ibu." So, tak dapatlah kami nak detect siapakah orangnya. Tetapi saya dah tugaskan Kide untuk mencari budak tu, bagi warning sikit. Kecik-kecik dah pandai pau orang.
Yang ibunya tu....tak pelik ke kalau anak dia tiba-tiba ada duit lebih. Tak check ke? Aneh ibu-ibu zaman sekarang.....kalau aku masa kecik-kecik dulu, dah kena belasah dah.
Macam mana la budak-budak sekarang tak jadi pembuli. Mak bapak depa ni tak kisah sangat tentang aktiviti anak-anak mereka. Jangan asyik salahkan cikgu di sekolah. Mak bapak kenalah ambil berat walaupun 1/2 - 3/4 waktu anak-anak adalah di sekolah.
Kalau umur 5 tahun dah pandai pau orang...agak-agak bila dah umur 15 tahun dia akan jadi macam mana? Bagaimana pula masa umur 25 tahun? Agak-agaknya dia akan jadi apa?
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK